Jumaat, 17 Disember 2010

Songket Terengganu = masih mampu bertahan kerana hargakah atau mutunya.

Seorang sahabat lama, Dato Sulaiman Osman bekas KetuaPengarah Perbadanan Kemajuan Keraftangan Malaysia dalam tahun 70an dahulu pernah berkata:

"Perusahaan songket di Terengganu dan Kelantan akan berkubur kalau mereka tidak pandai mengalihcari mutu dan nilai tersendiri. Mereka tidak akan mampu melawan songket dari India yang terlalu murah harganya itu"

Memang sekarang ini Songket Terengganu masih mampu bertahan bukan dengan saingan harga tetapi dengan keunikan nilai serta corak dan mutu buatannya. Cuma malangnya keupayaan mempertahankan keunikan nilai dan mutu tenunan itu hanya mampu dikuasai oleh puteri puteri tenun yang sudah tua diatas keynya yang sudah reput serta bergoyang. 



Tidakkah kita pandai melihat potensi pengeluaran batik dan songket serta lain lain seni keraf itu sebagai produk seni dan memasarkan ia sebagai karya seni yang dapat memasyohorkan daya karyanya? Untuk itu kemahiran yang ada hendaklah digabungjalinkan dengan daya karya yang dibijak pandaikan oleh sekolah sekolah seni. Atau adakah sekolah sekolah seni pun tidak berfokus kearah pencapaian pembangunan begitu ? Malanglah...





Kekadang hamba pun dapat merasa seronok apabila membaca lapuran disana sini yang menyebut adanya kain songket yang dijual dengan harga sampai seribu dan lebih. Inilah petunjuk jelas memberitahu kita bahawa manusia prihatin kini sedang mengejar karya karya kaya seni yang sedang menghadapi kepupusan itu. 

Ada lagi berita menarik yang cukup cukup menyeronokkan jiwa kerdil hamba apabila dikhabarkan ada ramai rupanya saudara mara dan sahabat handai mereka kini sengaja mencari songket yang baik dan tinggi nilai estetika serta mutu buatannya tidak kira berapa harganya. Gerakan itu seperti sengaja mahu menjadikan ia sebagai artifak koleksi seni dan memberi gambaran seolah olah adanya ramalan bahawa bahan yang begitu hanya menunggu masa untuk diiktiraf sebagai barang antik.

Akhirnya ingin hamba bertanya kepada angin yang lalu: Orang muda dan kemudahan kemudahan baharu yang lumayan dimana adanya? Atau adakah harga yang lumayan yang kebetulannya sudah banyak terjadi itu sebenarnya bukan tercurah kepada tukang dan ahli sebenar tetapi tersangkut setakat pemodal yang menyediakan lembar lembar benang dan losengnya sebagai dagang niaga untuk keuntungan lumayan sahaja ??? Wallahuaklam.

Barangkali juga pemerintah patut menangani usaha itu. Tetapi hati hatilah; takut nanti ada pihak yang merasakan diri mereka terhalang daripada terus menerus membuat untung lumayan akan diam diam berontak dan pemerintah yang akan kehilangan undi.

Barangkali juga masyarakat kita ini belum layak menerima amalan sistem demokrasi.

Wallahuaklam.

Jumaat, 10 Disember 2010

Tujuan Hidup

Tujuan meneruskan hidup ini selain menambah bakalan (semuga diterima benar) adalah untuk berjasa kepada kemanusiaan. Tidak lebih dan tidak kurang. (Lebih sehingga ada balasan diharapkan dan kurang sehingga tiada ikhlasnya). Semuga dimakbulkan Allah swt.

Selasa, 14 September 2010

NOSTALGIA DI HARI RAYA Pilu rupanya bagi hamba.


Hamba dan isteri berasal dari sebuah pekan kecil di Terengganu Darul Iman. Semasa merayakan Hari Raya Idilfitri yang masih meriah kini kami serta seluruh anak cucu berhimpun di rumah rumah orang tua kami di pekan kecil tersebut. Sebuah pekan yang kini sudah menjadi sebuah bandar yang agak sibuk itu ikut dihiasi dua sungai yang bertemu disatu sudut sempadannya. 

Penduduk bandar dan kawasan sekitarnya semenjak zaman kami hidup sebagai kanak kanak yang riang hampir keseluruhannya adalah Melayu termasuk kira kira sepuluh keluarga keturunan Parkistan yang sudah menyelinap senyamannya menjadi dikenali sebagai Melayu kerana mereka semua berugama Islam walau pun mengikut mazhab tersendiri. Terdapat juga belasan keluarga Cina penganut Comfusze, Budha dan Kristian; empat keluarga India penganut Hindu dan empat keluarga orang Siam yang menganut ugama Budha.

Hamba sendiri merasai nekmat intergrasi antara kaum kaum walau pun kawasan kediaman adalah agak dipinggir pekan tetapi bapa hamba yang menjalankan perniagaan kedai runcit berkawan rapat dengan kaum lain terutamanya Cina yang banyak membantu perniagaan bapa. Isteri hamba pula dibesarkan ditengah tengah pusat pekan kerana datuknya adalah antara penduduk yang paling awal mengambil penempatan di kawasan itu. Maka nekmat intergrasi antara kaum kaum adalah lebih lebih lagi dirasai oleh Isteri hamba. Bukti kepada perkara ini telah terserlah didepan mata hamba pada hari raya ketiga. Kami menjelajah beberapa kedai ditengah bandar untuk mencari beberapa keperluan. Rupanya sebuah kedai yang kami datangi dimiliki oleh seorang rakan sepermainan isteri hamba, seorang perempuan Cina, sewaktu mereka masih kanak kanak. 

"Eh Nun !" sapa pemilik kedai itu.

Isteri hamba menoleh dan "Ah mu Mek Chee, kedai mu nih?" Mereka beredar ke sudut dihadapan kedai itu dan meneruskan bualan mengungkit nostalgia zaman kanak kanak sementara hamba tinggal tersenyum dari jarak tidak jauh sambil senyum senyum keseronokan melihat keriangan mereka. 

Tiba tiba berlari lari seorang perempuan dari jarak beberapa pintu kedai sambil memekik "Jenun!! Jenun!!!" Isteri hamba dan Mek Chee menoleh dan serentak seperti berpakat berkata, "gegeerlah mu ni Mek Su !" Mek Su adalah seorang bangsa Siam yang menjalankan perniagaan pakaian siap beberapa lot kedai dari kedai Mek Chee. Keseronokan mereka bertiga itu telah membuatkan bualan mereka tidak dapat diperlahankan lagi. 

Dan tiba tiba kuat bunyi seretan tayar kereta diiringi bunyi hon yang garang. Ketiga rakan lama tadi tiba tiba memekik, "Jenak... !!! Gilo mu.... Nok mapuh ko!!" 

"Aku nampak Jenun nih. Lamo dok tengok dio; dok berubah pun dio nih." Jenak ialah seorang perempuan India. Dia berlari menyeberangi jalan tanpa menyedari sebuah kereta sedang memotong kereta lain yang sedang tabah dalam suasana sesak kerana pertambahan bilangan kereta yang keterlaluan di musim perayaan. 

Rioh rendahlah jadinya mereka berempat berebut peluang untuk bercakap bertanyakan khabar, kedudukan keluarga masing masing diselang seli dengan mengulangi cerita cerita nostalgia zaman kanak kanak. Keriohan yang membuatkan isteri hamba terpaksa lebih banyak tersenyum dan ketawa sahaja, lantaran tak sempat merebut peluang untuk bercakap.

Perakuan paling menarik hamba dengar ialah: 
"Kito 1 Malaysia lamo doh. Kito mandi sungai sama sama, cari etak, main toe (main kejar kejar), gi pasar dan kadang kadang makan pun sama sama. Lamo doh eh kita hidup bersemangat 1 Malaysia" 

Perakuan sebenar dari generasi zaman hamba ini membawa kenangan yang pilu bagi hamba. Kemana perginya intergrasi perkauman yang begitu unik yang telah menjadi amalan budaya demikian menyeronokkan itu. Apakah yang telah mengalih keharmonian hidup yang begitu nyaman sehingga meninggalkan kesan mendalam membawa keamanan yang nyaman sebuah masyarakat. 

Dapatkah dapat kita kembalikan suasana budaya demikian untuk masa hadapan negara kita dengan gagasan 1 Malaysia. Semuga ada kesudian yang ikhlas dari semua pihak.

Rabu, 7 Julai 2010

Dulu dan kini = satu perbandingan yang tidak setanding.

Tiba tiba teringat kepada zaman aku kanak kanak dahulu. Setiap petang kami kanak kanak sekampong berkumpul kemadrasah guru kuraan. Madrasah itu mempunyai kolah yang agak besar dengan airnya sentiasa penoh. Kamilah yang memenohkannya dengan air yang diambil dari perigi dengan menggunakan timba yang dibuat dari upih nibong. Dalam juga perigi itu tetapi kami seronok mengambil giliran mengambil air dari perigi yang dalam itu. Itulah sahaja yuran yang kami kena bayar untuk belajar membaca kuraan setiap hari 7 hari seminggu itu. 

Tok Guru pula memang tekun mengajar setiap petang. Sebelah malam pula Tok Guru membaca kitab untuk orang dewasa yang juga tidak membayar yuran. Sebelah pagi juga Tok Guru ada jadual mengajar kepada kumpulan sasar tertentu lagilah tiada yuran kerana kumpulan itu merupakan sahabat sahabat paling rapat dengan Tok Guru. Namun Tok Guru yang ada 3 rumah  dengan 3 orang isteri itu tetap lumayan menyara ketiga tiga keluarganya dengan 2 orang anak sedang belajar di Timor Tengah dan 3 orang sedang menuntut ilmu di sekolah pondok yang jauh dari kampong kami.

Apabila aku meningkat dewasa baharulah aku mula berfikir bagaimanalah Tok Guru mendapat rezki untuk membiayai seluruh keperluan hidupnya sedangkan beliau tidak sedikit pun mempunyai masa untuk kerja kerja mencari wang. Rupa rupanya 7 ekar tanah padi milik Tok Guru diusahakan secara bergotong royong oleh orang orang kampong dengan hasilnya diserahkan keseluruhannya kepada Tok Guru. 4 ekar dusun buah buahan juga dijaga dan dikutip hasilnya oleh orang kampong secara sukarela. Isteri isterinya memotong getah milik masing masing sementara semak samun ditebas oleh orang kampong yang ada kelapangan tanpa meminta upah. Kawasan dihadapan madrasah seluas kira kira 1 ekar itu pula penoh sentiasa penoh dengan berbagai jenis ubi dan kekacang. Semuanya tidak memerlukan usaha dari tenaga dan masa dari Tok Guru kerana masanya penoh dengan jadual mengajar yang juga tiada upahnya.

Terfikirlah aku dalam perbandingan dengan zaman kini. Kalau nak cari orang untuk mengajar membaca quraan kepada anak anak pun kena kira berapa yuran bulanannya. Sesekali terfikir juga aku betapa orang orang yang membawa ilmu ugama nak menyampaikan kepada orang ramai pun kena bayar. Syarat kena bayar itu termasuklah untuk datang memberi kuliah di surau surau di kampong juga. Kemanalah hilangnya semangat tabligh yang dianjurkan oleh ajaran Islam itu? Apabila keluhan itu aku suarakan kepada seorang kawan; spontan dia menjawab: "Habis tok guru tu nak makan apa ? Macam mana dia nak tanggong persekolahan anak anaknya dan kehidupan keluarganya. Minyak dan jagaan keretanya dan ... dan ... dan ... yang tak putus..."

Rupanya kita tidak dapat mengharapkan perkara yang sama dalam keadaan yang berbeza. Kalau keadaannya sudah berubah, segalanya akan jadi berbezalah. Kena rela dan redhalah kita. Banyaklah perkara yang sudah berubah kini dalam serba serbi dalam persekitaran dan kehidupan kita. Maka kenalah kita terima hakikat bahawa seluruh keadaannya telah berubah dan kenalah kita terima. Kalau ada yang tidak boleh kita terima kerana ada percanggahan dengan ugama dan sebagainya kenalah kita hadapi dan atasi secara bersama sebagai semuah masyarakat. Masyarakatlah yang kena berubah untuk mengubah keadaan dalam masyarakat. 

Wallahuaklam.

Isnin, 24 Mei 2010

GLOBALISASI dengan cita cita tersiratnya yang gagal.....

Baru terjumpa sebuah buku yang terbit 2005 di Britain oleh Atlantic Books yang ditulis oleh John Ralston Saul. Tajuknya "THE COLLAPSE OF GLOBALISM and the Reinvention of the World" cukup menarik kerana setahu hamba ia tidak pernah dibincang di dunia sebelah sini. Meninjau secara rambang kandungannya memang membicarakan kegagalan sesungguhnya teras cita cita gagasan program globalisasi oleh para pemikirnya. 

Walau bagaimana pun yang paling menarik bagi hamba adalah tergambar dalam satu "scaption" pada bahagian kulit belakang buku itu yang seolah olah olah menyerlahkan cita cita sebenar yang tersirat disebalik ungkapan ungkapan yang indah dan menarik mengenainya. Hamba taipkan semula bahagian "scaption" itu untuk tatapan dan kefahaman sendiri sahabat sahabat:

"Globalization, like many great ideologies before it, ia dead. Despite the almost religious certinty with which it was conceived, nation states have not become extinct, politics (and not economics) determin the course of human events, and many dictatorships have not changed into democracies. In this groundbreaking book, the destinguished philosopher John Ralston Saul examines where we go from here. As the hope of global prosperity fades and as the problems of immigration and terrorism cause the world's nations to rethink their relationships, Saul's exhilarating investigation into the collapse of globalism ia essential - and timely"

Ahad, 9 Mei 2010

Membela "HANTU"

Barang siapa ada atau pernah membela "hantu" untuk menggoda, menggigit atau memakan orang lain hendaklah ia menjaga jadual bekalan pulut kuning, ayam panggang dan hidangan mengikut kehendak "hantu"nya pada setiap masa. Kalau tidak tunggulah padahnya kelak dirinya sendiri atau ahli keluarganya pula akan menjadi mangsa "hantu"nya sendiri. 

Hendaklah juga orang yang pandai membela "hantu" itu sedar bahawa selepas ia mati kelak; "hantu" belaannya itu akan menjadi saka yang akan menurut turun kepada anak cucunya pula. Jika mereka kelak tidak tahu menjaganya maka mereka kelak akan dimakan "saka" pula. Maka hendaklah juga orang yang pandai membela "hantu" itu mengajarkan kepandaian membela dan menjaga "hantu" itu kepada anak cucunya. 

Kalaulah perkara itu ada kesan dalam perhitungan di Bank Pusat Almahsyar kelak tidaklah dapat dibayangkan bagaimana percambahan kesuburan akaun itu. 

Mashaallah.

Ahad, 18 April 2010

Keindahan Alam Kehidupan.

Islam itu diturunkan untuk didokong oleh manusia. Lemah manusia yang mendokongnya lemahlah ugama yang didokongnya. Kemiskinan itu mendekatkan manusia dengan kekufuran. Kejahilan pula manjauhkan manusia dari keunggulan iman sekaligus mendekatkannya dengan kesesatan.

Maka manusia perlukan kesenangan dunia serta ilmu yang hak. Keduanya saling melengkap dan menyempurnakan untuk bekalan ke akhirat dan alat untuk menyempurnakan pembungkusan bekalan itu. Tanpa bungkusan yang sempurna, isinya mudah keciciran. Walau pun bungkusan yang tidak sesuai boleh merimas atau mudah mereputkan isi.

Sedangkan manusia itu pula dilahirkan berbeza2 tidak lain melainkan agar mereka itu kenal mengenali antara satu sama lain. Manusia juga lahir dan menjadi dewasa dalam persekitaran dan suasana yang berbeza maka berbezalah olah minda manusia itu. Olahan minda ini sentiasa diganggu dan digoda oleh musuh musuh manusia yang selalunya datang melalui manusia juga. Manusia jualah agen pembawa unsur unsur gangguan minda serta godaan selera rasa menghambatnya kelandasan palsu dan salah.

Maka itulah manusia perlu hati hati dengan istilah kenal mengenali sesama manusia itu. Shahdan diringkaskan dengan kenalilah sahabat mu; kenali juga musuh musuh mu. Kerana dia selalu datang kepada mu dengan rupa, bahasa, dan memakai baju yang serupa. Malahan sahabat juga selalu dalam kesungguhannya datang dengan garau suara yang kasar dan keras; sedangkan musuh juga pandai datang dengan urut belai yang memikat lagi nyaman.

Kita akan terlalu mudah beremosi dan sekaligus menjadi keliru. Namun yang bertanggung jawab terhadap akhirat diri sendiri adalah tetap diri kita jua. Apapun keputusan dan pilihan yang kita buat adalah tanggong jawab kita. Tiada lagi istilah jahil kerana tidak sampai seru. Seruan itu sudah pun ditablighkan. Namun godaan dan hasutan juga pandai datang dengan jubah dan songkok tabligh yang serupa. Kitalah yang kena menjadi bijak untuk memilih yang benar dengan yang tidak. Yang hak dan yang batil.

Kita jualah yang kena menyaring ambil yang hak dari longgokan yang kita kata adalah longgokan batil untuk digilap sinarkan menjadi hak yang nyata. Kita jualah yang menyaring buang yang batil dari longgokan yang hak itu bagi mempastikan ceraca sinar yang hak itu tetap mengilau indah cahayanya menusuk resap dalam hikmah keindah Maha Indah itu. Hikmah itu tersirat dan terjalin anyam dalam keindahan realiti kehidupan. Campur adun bersilang anyam itu adalah ujian yang kalau jelas dimengerti dan nyata difahami akan berjaya dinikmati sebagai keindahan alam kejadian Tuhan.

Wallahuakllam.

Isnin, 29 Mac 2010

Perihal Perhimpunan PERKASA >> Ada penolakan oleh rasa cemburu ??

Khabarnya ada pihak yang tidak senang dengan perkembangan gerakan perpaduan orang Melayu yang sedang rancak berlaku kini. Khabarnya juga ucapan peresmian Perhimpunan PERKASA 1 (http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com/2010/03/keluarkan-gerakan-daripada-bn.html) oleh Tun Mahathir yang begitu terbuka dan membelai itu pun dianggap sebagai rasis oleh cemburu pihak tertentu. Yang menghairankan hamba ialah kenapakah pihak tertentu itu begitu keterlaluan takutnya kepada perpaduan orang Melayu ?

Ingatlah bahawa dalam budaya melayu itu ada ujud phinomina amok. Fahamilah betul betul maksudnya. Ia bukan melulu seperti difahami pada minda luaran yang mudah. Ia adalah berkait rapat dengan sifat pasrah. Kalau sudah terperosok ke sudut tembok dan tidak dapat mengelak lagi sifat berani melayu itu akan semarak mengembangkan semangat dan tenaga.

Mereka akan terjeli dengan watak yang lain iaitu sifat amoknya kerana mengalah itu ialah hina, tidak bermaruah dan tidak bertanggong jawab terhadap keluarga, bangsa dan kedaulatan ugama di atas takhta imannya.

Maka berserahlah ia pada takdir hidup atau mati itu hanya Tuhan sahaja yang menentukan. Menang atau kalah dalam missi dihadapi adalah bergantung kepada hidayah Allah.

Mati kerana Allah adalah syurga. Hidup dengan mengabaikan perintah Allah adalah neraka. Maka itulah maksud istilah amok sebenar. Bukan sekadar difahami umum kini.

Shahdan perhimpinan orang melayu dalam cerna wadah menggambarkan mereka sudah bersedia untuk bersatu mengatasi sebarang rintangan sosial serta fahaman kelompok dalaman itu hendaklah juga difahami dengan baik.

Ia adalah satu gerakan untuk mengelak bangsa melayu daripada terkepung terperosok di sudut tembok; sekaligus mengelak daripada menghadapi kemungkinan timbulnya finomina amok itu.Semuga kesatuan itu berjaya dengan misinya menyatukan orang Melayu dan menjadikan Melayu itu kembali menampil semula sebagai pemimpin disegani sekaligus berjaya mengekalkan kestabilan dan keamanan negara.

Inshaallah dan Wallahuaalam.

Isnin, 8 Mac 2010

Kekuatan Bangsa Melayu (Siri Lanjutan)

Kekuatan Bangsa Melayu   (Siri Lanjutan) =

Ada sahabat bolger bertanya tentang: 
http://penaminang.blogspot.com/2010/03/dimana-terletaknya-kekuatan-melayu.html

Jawapan Hamba Spontan dan mudah: 
KETULINAN IMAN.

Itu baru istilah hamba sendiri. Kalau diambil dari kata kata guru hamba Allahyarham Ustaz Abdullah bin Mohamed (Nakhula) bekas Pengerusi Lembaga Penasihat Musium Negeri Kelantan katanya ialah Tauhid. Hamba memilih untuk tidak menggunakan istilah itu kerana Nakhula menggunakan istilah itu dengan huraian yang terlalu mendalam yang hamba tidak yakin dapat menyampaikannya dengan tidak membuka kemungkinan yang boleh mengelirukan.

Walau bagaimana pun perbincangan kita seterusnya akan berkisar sekitar maklumat sejarah dan juga ceritera. Mengikut Nakhula orang Melayu secara umum dan institusi pemerintahannya tidak pernah tergelincir dari Islam. Maksudnya ialah dari pegangan tauhid. Ini adalah kerana orang Melayu itu adalah petapa yang gigih dan sentiasa dekat dengan hidayah Allah swt.
Mengikut catatan dalam buku catatan perjalanan Ibnu Batutah.
Ibnu Batutah pernah mudik sungai Kelantan dan Mendarat disatu tempat bernama Klu Klai dimana rajanya ialah seorang perempuan yang memakai kain sampai kepangkal lengan dan bawahnya sampai ke pergelangan kaki. Bahunya terdedah. Sangat sangat menghirmati tetamu. Ibnu Batutah telah dibenarkan mengadap dan sempat bertanyakan tentang ugamanya. Raja perempuan yang dipercayai sebagai Puteri Saadon I itu meminta kertas dan dakwat dari inangnya dan menulis jawabnya. Mengikut kefahaman Ibnu Batutah tulisan itu bermaksud "Satu jadi banyak. Banyak kembali satu" Mengikut kefahaman Ibnu Batutah raja itu dan rakyatnya berpegang dengan ajaran Keesaan Tuhan.
Hikayat Mahraja Besar:
Mahraja Besar ialah Raja Pemerintah Negara Jamek Ambar. Kerajaannya memerintah dari mungkin sekitar bukit Panau iaitu sekiar Tok Uban kini. Baginda mempunyai 3 orang anak:

1. Nama asalnya mungkin Rangjuna. Dalam alam pertapaannya bergelar Sang Rajuna Tapa dan kekadang Sang Adi Putera. Namanya bertukar mengikut peranan dan tempat ia hadhir. Bila menjelma ke alam nyata beliau memakai berbagai nama termasuk Panca Suria Si Tamin Sari.

2. Seorang perempuan yang tidak diketahui namanya. Kemungkinan beliau dikenali sebagai Puteri Saadon Pertama.

3.Sangjaya atau Raja Ahmad kemudian bergelar Syed Ahmad. Kini dipercayai masih berkerajaan dalam alam ghaib di Gunung Tebu (kini dalam kawasan Terengganu).

Apabila sudah cukup lanjut usianya Mahraja Besar telah memanggil ketiga tiga anaknya untuk menyerahkan kerajaan kerana beliau berkeinginan hidup dengan mendekatkan dirinya dengan Allah swt. Rangjuna menolak kerana masih berhasrat untuk meneruskan suluknya yang sudah menghampiri kematangan tetapi terganggu kerana pulang menemui panggilan ayahanda itu. Adik kepadanya adalah seorang perempuan. Maka adik bongsunya Raja Ahmad telah digesa supaya menerima t/jawab itu dengan janji kalau negeri dilanda bencana atau dicemari noda dan dosa beliau akan kembali untuk menghapuskannya. Maka Raja Ahmad pun menerimanya.

Berpindahlah Mahraja Besar ke satu kawasan berbatas dan pamah yang sesuai dijadikan kawasan bendang bergelar batas besar bendang padi raja bersama sebilangan pengikutnya. Sebuah istana dibina untuk kediaman permaisurinya bersama satu perkampungan. Kini tempatnya bergelar Padang Permaisuri.

Mahraja Besar asik berulang alik ke Gunung Tebu dimana beliau menumpukan suluknya untuk mendekatkan diri dengan Allah sehingga beliau dianugerahkan berbagai hidayah dan keistimewaan. Akhirnya beliau berjaya dicelahi dan dihasut goda oleh ajazil dan menjadi sesat sehingga memerintahkan rakyat jelata sembah sujud kepadanya, tidak lagi kepada Allah, Tuhan yang tidak zahir.

Perkhabaran tiba kepada Raja Ahmad dan setelah berbagai usaha pujuk rayu tidak membuahkan hasil Raja Ahmad telah mengistiharkan perang dengan Ayahandanya. Dengan bantuan dari kekandanya dan Sayid Hamzah dan Sayid Umar Al Khatib Mahraja yang syurik itu telah berjaya dihapuskan.

Inilah kekuatan Bangsa Melayu. Ketulinan tauhidnya sentiasa terjaga. Dan ada kuasa dari lapis lain lagi yang ikut bersama menjaga ketulinan itu. Cuma kehadhiran makhluk Allah itu kini kita napikan kerana kita ini mampu percaya kepada apa yang dapat kita lihat dengan mata lendir sahaja.
Ekspresi Budaya: Wayang Kulit, Mak Yong, Peteri, Tarian Saba dan Dikir Sarawak yang sempat hamba pelajari serba sedikit rahsia didalamnya semuanya mempunyai unsur yang tersirat menjurus kepada mengenali Allah. Malahan hamba sendiri puas juga mebaca berbagai naskah kitab mengenai sifat 20 maka fahamlah setakat menghafal dan mengerti. Namun apabila kefahaman dibantu oleh kefahaman yang tersirat melalui rahsia rahsia terjalin dalam amalan kesenian Melayu baharulah dapat hamba merasakan kehadhiran Zatul Buhti itu. Mashaalah.

Maaflah jangan ambil pengajaran dari sini. Carilah guru yang sebenar tahu. Memang sukar mencari guru yang tahu kerana kita telah diajarkan untuk menapikannya sejak lama dahulu. Kita yang gagal memahami rahsianya telah menghukum ia sebagai syirik. Betapa ruginya kita membuang rahsia kebijaksanaan zaman kuno itu. Mashaallah.

Pertabalan Sultan Di Perak:
Hamba menyaksikan sendiri pertabalan Sultan Azlan Shah Paduka Seri Sultan yang memerintah seluruh negeri Perak. Selepas ditabalkan secara resminya mengikut istiadatnya di Balai Rong Sri Paduka Seri Sultan dibawa sebuah balai lain yang masih dilereng Bukit Chandan itu tetapi terletak dekat dengan tebing sungai Perak. Balai itu digelar sebagai Balai Jin. Di Balai itu Paduka Seri Sultan diTabalkan sekali lagi mengikut istiadat tersendiri. Kali ini Paduka Seri Sultan di Tabalkan sekali gus menjadi Raja pemerintah juga kepada masyarakat Jin.

Pada ketika itu ada pertanda menunjukkan masyarakat Jin ikut menerima perlantikan itu dengan cara ikut memandikan Paduka Seri Sultan dengan air dikatakan dari Sungai Perak yang turun dalam bentuk hujan dalam keadaan panas terik tanpa tompok awan itu. Hamba pun ikut merasai terkena titisan hujan itu.

Maka Hamba pun tetaplah akan bertegas mengatakan Raja Raja Melayu yang dinaungkan kebawah duli kebawah duli itu hal ehwal Ugama Islam dan adat istiadat Melayu adalah Raja juga bagi masyarakat Jin. Sesuai dengan Rasullalah saw dilantik menjadi Nabi dan Rasul bagi Jin dan Manusia. Wallahuaaklam.

Cuma kita hari ini jarang yang mengiktira kehadhiran serta peranan mereka dikalangan kita. Padahal mereka juga ada yang kafir dan ada juga yang berhasil di Islamkan. Mashaallah.

MAKA BAGI HAMBA KAJIAN MENDALAM DENGAN KEFAJAMAN YANG JELAS MENGENAI KEDUDUKAN RAHSIA INI AKAN MENEMUKAN KITA SEMUA DENGAN KEKUATAN BANGSA MELAYU. Inshaallah.
Wallahuaaklam

Sabtu, 6 Mac 2010

KEKUATAN BANGSA MELAYU = Ketulinan Iman.

Ada sahabat bolger bertanya tentang: 
http://penaminang.blogspot.com/2010/03/dimana-terletaknya-kekuatan-melayu.html
Kekuatan Bangsa Melayu ?

Jawapan hamba spontan sahaja:

KETULINAN IMAN.
Cuma maklumat yang kita ada seperti kata sahabat blogger yang berlogokan shahadat; adalah berdasarkan kepada tulisan orang barat. Mereka menjajah wilayah wilayah dengan matlamat GGG (glory/gold/gosple) yang terbit dari dendam perang sabil (crusade) berebut Jerussalam disamping mendapatkan rempah dan lain lain bahan dari wilayah wilayah yang kaya dirantau ini.

Satu lagi perkara yang ingin hamba beri tumpuan ialah ada tercatatnya dalam protokol of the zionis; "we change history" sebagai satu tajuk kecil. rujuk buku: "conquering the world through the protocols of the Zionist" - tulisan Victor Marsden. Dan hal itu memang diusahakan oleh British dan juga lain lain bangsa Eropah yang menjajah kita.

Tindakan awal penjajah apabila menguasai wilayah ini ialah menulis pertama mengenai adat resam dan sifat dan sikap ia itu Budaya Melayu. Sumber sejarah sedia ada dihapuskan. Munshi Abdullah (yg diajarkan kepada kita supaya mengkagumi) telah diupah untuk mengutip semua menuskrip Melayu. (Diulangi SEMUA menuskrip Melayu) kerana ada maklumat dimana beberapa naskah salinan manuskrip yang sama juga dikutip habis.

Satu cerita menarik yang hamba temui ketika mengiringi Us. Abdullah Mohd (Nakhula) menjalankan penyelidikan mengenai bentuk mesjid potong Demak di Melaka dalam tahun 1975. Kami telah bertemu dengan Tuan Haji Idris, imam tua di Mesjid Serkam Pantai. Beliau yang lahir dalam tahun 1900 adalah bekas seorang guru Melayu yang disarakan dalam tahun 1929 kerana telah diperakukankan oleh doktor bangsa Inggeris sebagai tidak sihat. Mengikut cerita tuan Haji Idris beliau cuma mengalami sedikit batuk ketika itu tetapi beliau disuruh datang lagi dan lagi ke hospital.

Rahsia sebenar disebalik cerita itu ialah kerana beliau memang suka menulis mengenai adat resam dan sejarah Melayu. Dan saya telah berjaya mendapatkan 2 buah buku kecil tulisan tangan Tuan Haji Idris. Kedua buku itu malangnya hangus bersama 13 jilid Ensaiklopedia Budaya Melayu dalam api yang membakar Wisma Keramat (kini Wisma Tanah) dalam tahun 1983. Pejabat dan Perpustakaan kami adalah terletak di tingkat 16 bangunan itu dan hamba sendiri telah berhenti kerja pada masa itu.

Cerita mengenai api di itu adalah agak menarik kerana sebelum itu Wisma Keramat telah dua kali digemparkan oleh api yang bermula dari longgokan surat khabar di tingkat 12. Api yang akhirnya membakar keseluruhan bangunan itu juga bermula dari lantai yang sama. Cuma siasatan yang dijalankan tidak dapat membuktikan adanya perbuatan khianat.

Satu lagi cerita menarik timbul semasa hamba mengiringi Mohd Affandi Hassan, Pengarah Seksi Penyelidikan Kebudayaan di KKBS dalam tahun 1974 untuk bertemu dengan Tuan Haji Mohd Yusof yang berusia sekitar 76 tahun pada masa itu. Tuan Haji Yusof ialah abang kepada Pendeta Zaaba. Beliau tinggal di Rembau NS tetapi telah di bawa ke Alor Gajah, Melaka untuk bertemu beberapa orang penulis jemputan pada masa itu. Tuan Haji Yusof ialah bekas Pegawai Tadbir Melayu yang bersara pada Tingkat Tertinggi (Super Scale) G yang bersamaan dengan M 1 sekarang. Berkelulusan pangkat 2 School Certificate Tuan Haji Yusof adalah dikira pelajar pintar berbanting Zaaba sendiri yang mendapat pangkat 3.

Sebagai pelajar pintar beliau telah ditawarkan untuk terus menjadi Pegawai Tadbir Melayu tetapi kenaikan pangkatnya memang lembab kerana pertama beliau tidak minum arak dan kedua beliau enggan menjadi ahli kepada Kelab Selangor (Selangor Club) dan yang paling parah ialah beliau enggan berdansa serta tidak membawa isterinya ke majlis majlis perjumpaan pegawai. Beliau adalah tidak sosial dan sukarlah untuk naik pangkat walau pun bijak. Ada beberapa pengalaman Tuan Haji Yusof dimana beliau telah dipanggil oleh Ketua beliau yang berterus terang mengenai kedudukan kenaikan pangkatnya. Oleh kerana kedegilannya maka lambat benarlah kenaikan pangkatnya.

Moralnya cerita ini menunjukkan betapa British telah memaksakan perubahan budaya terhadap orang Melayu. Malahan apabila British kembali ke Tanah Melayu selepas Perang Dunia ke 2 bapa tiri hamba yang sempat berjuang di Pasir Panjang di Singapura enggan menerima tawaran untuk menjadi pegawai dalam pasukan Askar Melayu atas sebab yang sama jualah.

Hamba juga ikut menerima tempias apabila telah dimasukkan ke sebuah sekolah Inggeris dalam tahun 1954. Datok hamba yang dibesarkan di madrasah Tok Ku Paloh telah tidak bertegor sapa dengan ibu hamba selama lebih 5 tahun kerana takut hamba menjadi kafir. Pada hal hamba dan semua adik beradik pupu hamba tetap berhimpun di rumah Datok setiap malam Jumaat kerana beliau mengajar ilmu Ugama. Tetapi kemudian baharulah hamba faham maksud Datok itu ialah menganut budaya orang kafir.

Walau bagaimana pun ketulinan Jiwa Melayu yang perkasa tetap musnah juga diperkotak katikkan oleh sejarah. Zaman pendudukan Jepun pun beberapa ramai orang Melayu yang perkasa dan handal serta pemimpin yang dipatuhi menerima hukuman maut. Yang sukar dihadiahkan kematian itu ditanam hidup hidup. Zaman bintang tiga yang dipimpin oleh Chin Peng walau pun hanya 17 hari juga berapa ramai orang Melayu yang hebat daya pimpinannya dihapuskan. Bapa yang membesarkan hamba telah sempat melompat naik ke pentas yang dijadikan sebagai mahkamah dimana seorang sahabatnya telah dijatuhkan hukuman pancung. Alhamdulillah orang tua berkenaan selamat dan dilepaskan dengan bantahan dari bapa tiri hamba itu.

Itu baru kesah sejarah yang hamba alami sendiri sahaja. Kesah sejarah tertulis tidak perlulah hamba yang tuliskan kerana hamba bukan mengkhusus dalam bidang sejarah. Ini pun sudah menjadi terlalu panjang. Kerana terlalu panjang itu izinkan hamba berhenti dahulu setakat ini dahulu.

Malam nanti akan hamba sambung pula mengenai kesah Ilmu. Hamba berhajat nak ceritakan maklumat maklumat yang melibatkan pengalaman sendiri sebenarnya, kerana hal begitu jarang orang lain ceritakan.

Inshaallah malam nanti hamba sambungkan. Lagi pun waktu Maghrib sudah hampir kini....  ....   ....  .... akan bersambong.

Jumaat, 5 Mac 2010

PENDAPAT = mana ada betul mana ada salah.

Sebagai PENDAPAT mana ada istilah betul atau salah. Ia adalah satu pendapat. Ia menjadi betul bagi orang yang mahu menerimanya dan menjadi tidak betul bagi orang yang tidak mahu menerimanya. Mahu dengan tidak mahu menerima itu adalah bergantung kepada setting minda masing masing.

Setting minda ini pula bergantung kepada pengetahuan sedia ada yang berkait rapat dengan sikap seseorang kerana sikap itulah yang telah menentukan apa apa maklumat yang mahu diterima dan yang mahu ditolak. Maklumat maklumat yang dipilih untuk diterima itu terhimpun menjadi pengetahuan asas itu tadi.

Demikianlah persoalahnya yang merupakan proses yang berlaku sehingga terbitnya sesuatu pendapat itu. Maka itu ia tidak boleh ditentukan betul atau salah. Prosesnya sesungguhnya tidak mengambil kira semua maklumat.  Apalagi proses pengutipan dan pengumpulan maklumatnya tidak melalui satu kaedah berilmu. Tidak ilmiah. Tidak saintifik.

Semua maklumat sebelum diproses adalah maklumat mentah. Kalau dia makan; belum boleh dimakan. Ia hendaklah dimasak terlebih dahulu. Seperti juga makanan sebelum dimasak pun kita kena kaji dahulu bersih tidaknya; ada keracunan atau tidak; suci atau tidak. Oleh kerana maklumat pun adalah makanan. Makanan bagi minda. Maka sebelum maklumat itu diterima menjadi makanan sah bagi minda kita; kenalah digredkan terlebih dahulu.

Maksudnya tahap kesahihannya betulkah ceritanya, bila ia berlaku pukul berapa, dimana, bagaimana ia berlaku kalau ada acara apa acaranya dan siapa siapa lagi yang hadhir.

Seterusnya sahkan pula puncanya dari siapa. Siapa yang membawa cerita itu. Dia hadhir di tempat kejadiankah atau kalau dia mendengar cerita siapa dia. Berkempentingankah mereka atau adakah antaranya musuh kepada yang terlibat. Atau dia musuh kita atau musuh masyarakat kita atau musuh umat kita atau musuh ugama kita. Kajilah betul betul sumber maklumat itu. 

Adakah rujukan yang boleh disemak dan sebagainya. Keesahan maklumat yang boleh disemak itu pun kena diteliti ketulinannya. Sememangnya banyak rujukan dizaman kebijaksanaan teknologi kini mudah diolah oleh pakar pakar berkepentingan. Kalau kita sentiasa awas dan memerhatikan perkara begini memang selalu berlaku dan kalau kita terus menelan dan terus lupa kita tidak akan sedar waktu kebenarannya terserlah. Sedangkan kita telah pun membuat kesimpulan dan merumuskan pendapat sendiri tanpa bersedia untuk mengolahnya semula ketika maklumat baru timbul. Apa lagi kalau kita sudah dipengaruhi oleh emosi seperti marah, kasih, kasihan, benci, geram, dan sebagainya.

Kalau nak tahu bagaimana Islam mengajarkan ketelitian tapisan maklumat ini tanyalah dengan ustaz ustaz. Apa yang harus dibuat apabila sesuatu hadis dibaca untuk menentukan sahih atau tahap mana kedudukan ketulinan hadis itu. Malahan apabila sesuatu ayat dari Al Quraan dibacakan. Apa yang harus dibuat sebelum ayat itu diambil untuk dijadikan sebagai sumber untuk menentukan hukum. Hamba tak mahu memandai tentang hal ini kerana hamba tidak mempunyai hak (authoriti) kerana hamba bukan ustaz.  

Itu pun ada caranya yg kena dipelajari seperti juga kita kena pelajari kaedah yang betul sebagai satu desiplin dalam menentukan sesuatu maklumat itu benar atau tidak.

Untuk memutuskan sesuatu sebagai kesimpulan dan rumusan yang baik hendaklah dikumpulkan seberapa banyak maklumat. Maklumat maklumat yang terkumpulan itu adalah maklumat mentah dan belum lagi dimasak. Maka belum layaklah ia disuapkan menjadi makanan kepada minda kita. Setelah digredkan maklumat maklumat yang banyak itu (lagi banyak lagi baik) baru diadunkaji  dan barulah disimpulkan rumusnya. Dari rumusan rumusan berbagai sumber maklumat itu barulah disaring bagi mencari gambaran situasi, rasional, keperluan, permintaan, elergi (penolakan), harapan dan macam macam lagi mengikut tujuan, tajuk dan keperluan kajian.

Demikianlah hamba kira yang selalu berlaku diperingkat atasan atau diperingkat institusi yang selalunya menbuat kajian untuk disampaikan kepada pihak pihak atasan. Dan apa yang berlaku pada peringkat itu jarang dapat diceritakan kepada orang ramai kerana prosesnya kadang terlalu panjang dan komplikasinya rumit dan sulit lagi.

Masaalah kita kini ialah kerana kita terlalu bebas sehingga semua orang merasakan diri sudah cukup "pandai" serta "berhak bersuara" walau kajian tidak pernah difikirkan apa lagi dibuat.

Keadaan menjadi bertambah parah dan rumit lagi apabila ramai pula yang diletak pada paras sebagai pemimpin dengan sengaja melontarkan berbagai persoalan dan pandangan contra contra yang mengelirukan. Yang terpaksa menanggong beban menjadi keliru adalah kita semua rakyat jelata yang selalu diajarkan untuk menyalahkan segala keputusan dan kesimpulan yang dibuat diperingkat atasan. Dan ajaran itu tidak juga kita tapiskan mengikut kaedahnya padahal ajaran itu juga adalah maklumat mentah. Bayangkanlah kalau makanan itu kita tidak semak kesuciannya. Disembelih atau tidak misalnya. Boleh sahaja kita dengan taklik "tak wajib usul". Mashaallah. Padahal disekeliling kita ramai yang berbuih mulutnya cuba nak ceritakan kepada kita. Masih layakkah kita pakai taklik "tak wajib usul" itu ???

Ada pula antara kita yang memang merelakan diri untuk jerumus dalam lubuk maklumat berolah yang sengaja dibina untuk tujuan tertentu. Lubuk lubuk yang selalu membentangkan iklan pemasarannya dengan cukup menarik. Dengan slogan slogan yang cukup menawan. Ia tampil dalam bentuk parti politik, NGO dan sebagainya. 


Padahal agendanya adalah jarum yang sudah disemai, semat dan tugal semenjak 929 tahun semenjak sebelum Isa dilahirkan lagi. Inilah yang menghasilkan sistem yang kita terperangkap didalamnya sekarang. Bacalah "protokol protokol of the zionis" dari protokol (I) sampai protokol (XXIV). dan fahami baik baik.

Inilah maksudnya imperfect balance yang dirancangkan oleh mereka sedangkan kita semua (dunia) tidak boleh keluar darinya. Lihatlah Burma yang kini dikenali sebagai Myanmar yang enggan mengikut sistem itu. Dan negara negara lain seperti Iran dan Iraq yang nak cuba keluar dari cengkaman sistemnya.


Walau bagaimana pun kita ini masih sedang cuba keluar juga dari sistem itu tetapi cara kita adalah berbeza: cara ansur ansur; namun kini sudah disedari dan tekanan sedang diperkuatkan dengan mempromosi / mengangkat orang orang tertentu bagi melemahkan kita sehingga banyak perkara yang kita nak buat kini jadi terbengkalai.



Semuga kejayaan tetap memihak kepada kita dan orang orang kita pun menjadi pandai mengelak daripada secara tidak sedar menjadi alat kepada mereka dengan cara terlibat memberikan akibat dalam melemahkan kerajaan yang ada. Pandai pandailah memahami apa yang sedang berlaku dihadapan kita dan pandai pandailah menapis maklumat. Inshaallah.

Selasa, 2 Mac 2010

Rasulullah merindui kita

http://www.facebook.com/notes/hidayah-berkata/rasulullah-merindui-kita/340988861991

Jumaat, 5 Februari 2010

Special posting for new couples.

LOVE is like raw meat. It needs to be cooked with properly balanced gravies; or it awaites to turn SOUR. Gravies needed to flavor meet of love are: understand and accept; allow, share and receive; appreciate and support; rally and equip all balanced and timely entered and cooked with sufficient temperature and cooled without sweating cover.