Islam itu diturunkan untuk didokong oleh manusia. Lemah manusia yang mendokongnya lemahlah ugama yang didokongnya. Kemiskinan itu mendekatkan manusia dengan kekufuran. Kejahilan pula manjauhkan manusia dari keunggulan iman sekaligus mendekatkannya dengan kesesatan.
Maka manusia perlukan kesenangan dunia serta ilmu yang hak. Keduanya saling melengkap dan menyempurnakan untuk bekalan ke akhirat dan alat untuk menyempurnakan pembungkusan bekalan itu. Tanpa bungkusan yang sempurna, isinya mudah keciciran. Walau pun bungkusan yang tidak sesuai boleh merimas atau mudah mereputkan isi.
Sedangkan manusia itu pula dilahirkan berbeza2 tidak lain melainkan agar mereka itu kenal mengenali antara satu sama lain. Manusia juga lahir dan menjadi dewasa dalam persekitaran dan suasana yang berbeza maka berbezalah olah minda manusia itu. Olahan minda ini sentiasa diganggu dan digoda oleh musuh musuh manusia yang selalunya datang melalui manusia juga. Manusia jualah agen pembawa unsur unsur gangguan minda serta godaan selera rasa menghambatnya kelandasan palsu dan salah.
Maka itulah manusia perlu hati hati dengan istilah kenal mengenali sesama manusia itu. Shahdan diringkaskan dengan kenalilah sahabat mu; kenali juga musuh musuh mu. Kerana dia selalu datang kepada mu dengan rupa, bahasa, dan memakai baju yang serupa. Malahan sahabat juga selalu dalam kesungguhannya datang dengan garau suara yang kasar dan keras; sedangkan musuh juga pandai datang dengan urut belai yang memikat lagi nyaman.
Kita akan terlalu mudah beremosi dan sekaligus menjadi keliru. Namun yang bertanggung jawab terhadap akhirat diri sendiri adalah tetap diri kita jua. Apapun keputusan dan pilihan yang kita buat adalah tanggong jawab kita. Tiada lagi istilah jahil kerana tidak sampai seru. Seruan itu sudah pun ditablighkan. Namun godaan dan hasutan juga pandai datang dengan jubah dan songkok tabligh yang serupa. Kitalah yang kena menjadi bijak untuk memilih yang benar dengan yang tidak. Yang hak dan yang batil.
Kita jualah yang kena menyaring ambil yang hak dari longgokan yang kita kata adalah longgokan batil untuk digilap sinarkan menjadi hak yang nyata. Kita jualah yang menyaring buang yang batil dari longgokan yang hak itu bagi mempastikan ceraca sinar yang hak itu tetap mengilau indah cahayanya menusuk resap dalam hikmah keindah Maha Indah itu. Hikmah itu tersirat dan terjalin anyam dalam keindahan realiti kehidupan. Campur adun bersilang anyam itu adalah ujian yang kalau jelas dimengerti dan nyata difahami akan berjaya dinikmati sebagai keindahan alam kejadian Tuhan.
Wallahuakllam.
"AWARD" pertama saya :)
-
Apa kabar dunia...
bagaimana dg hari ini...indah, menyenangkan atauuuuu.. membosankan..secara
gitu kn hari ni hari senin...tapi kn kmrn udah libur 2 hari.....
15 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan