Dalam ramai lagi ahli keluarga dan kawan belum menghabiskan cuti hari raya seorang saudara hamba telah menerima panggilan Illahi. Masaalah jantung. Sebagai seorang pesara kerajaan persekutuan beliau tinggal di KL dan disimpan di KL juga setelah dibawa pulang dari IJN. Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar. Hamba pun terpaksa terburu buru pulang ke KL dari kampung.
Itu cerita biasa dan tiada yang menarik pun. Cuma siang tadi hamba telah menerima satu panggilan telipon dari nombor yang tidak dikenali. Yang memanggil memberi salam dan terus memulakan mukaddimahnya. Suara itu seperti biasa hamba dengar. Tetapi memang hamba tidak ingat siapa orangnya.
Beliau bercerita bagaimana beliau menghantar anak bongsunya untuk menaiki bas dari pekan kecil di kampong hamba kerana hendak ke KL. Tiketnya baru dibeli dan semasa membeli tiket itu beliau terringan mulut untuk bertanya berapa lagi ada tempat kosong. Masih ada dua. Tiba tiba beliau telah membeli kedua dua tiket itu.
Setelah diberitahu isteri dan anak-anaknya terkejut dan tergamam.
"Untuk siapa ?" tanya isterinya terkejut.
"Sayalah." jawabnya selamba
Habis anak beranak terkejut kerana tidak pernah disebut atau terbayang yang si ayah akan ikut sama ke KL.
"Tak apalah saya pergi sama, takut ada apa apa nanti, kalau saya ada sama senang sikit." Jawabnya masih selamba.
Dipendekkan cerita berangkatlah kawan itu ke KL mengiringi anaknya yang memang ada temu duga sambil nak menziarahi kakaknya di Subang Jaya. Sampai di Stesyen Putera dan setelah berehat mengumpulkan tenaga sambil menunggu dijemput oleh anak perempuannya beliau telah terserempak dengan Umar seorang kawan lama.
"Kenapa baru sampai. Kawan kawan rapat yang lain dah sempat tahlil malam tadi dah." Umar bertanya spontan.
Kawan itu pun menjadi lebih terkejut daripada isterinya ketika mendapati beliau akan mengiringi anak bongsu mereka pada malamnya. Setelah beberapa ketika barulah sempat kawan itu mengumpul semangat untuk bertanya;
"Siapa ?"
Umar baru sedar rupanya Mahmud kawan lamanya itu belum mendapat cerita mengenai kematian Rahim. Mereka semua memang kawan baik semenjak di MPSI dan sama sama pula menyambung pelajaran di UM dalam tahun 70an dahulu.
Semasa Umar menceritakan mengenai kematian Rahim dan kawan kawan dari seluruh negara yang sempat menyertai majlis tahlil malam pertama itu anak perempuan Mahmud pun sampai. Melihatkan muka ayahnya yang sedang sebah dengan mata yang basah dan merah itu beliau tidak terkata dan terus terpaksa bersetuju menghantarnya ke Damansara walau pun beliau ada janji penting dengan seorang kawan.
Setelah pulang ke rumah anak perempuannya itu Mahmud terus menghubungi hamba melalui nombor yang baru diperolehi dari anak kepada saudara hamba yang meninggal itu. Hamba pun bersetuju untuk menjemput beliau bagi sama sama menghadhiri majlis tahlil yang baru sahaja selesai.
Ada perkara menarik yang hamba nak kongsikan dengan semua orang mengenai Mahmud dengan Allahyarham Rahim ini. Cuba kita perhatikan betapa tidak terduganya dia membuat keputusan spontan membeli tiket untuk ke KL bersama anak bongsunya. Tak semena mena juga Umar yang hendak ke Pulau Pinang teringat untuk mendapatkan seseorang yang katanya mungkin ada di Stesyen Putera pada pagi itu.
Rupanya hubungan ikhlas antara manusia dengan manusia ada yang boleh diistilahkan dengan kata kata talian roh yang boleh berlaku kepada hati hati yang luhor serta pegangan keyakinan yang murni.
Bila ia berlaku kepada seseorang kadang kadang ia tidak disedari. Maka nikmat daripada hidayah Allah itu hanyut begitu sahaja. Barangkali kalau mengikut istilah barat ia boleh dipanggil deria keenam. Ia boleh berlaku kalau kita pandai memberi perhatian seimbang dan luhur terhadap kehadhirannya.
Demikian pekerjaan Tuhan yang menerima hubungan hati hati yang suci keikhlasannya. Tuhan merestukan hidayahnya. Demikian mulianya hati hati yang suci ikhlas disisi Tuhan.
ALLAH HUAKBAR.
"AWARD" pertama saya :)
-
Apa kabar dunia...
bagaimana dg hari ini...indah, menyenangkan atauuuuu.. membosankan..secara
gitu kn hari ni hari senin...tapi kn kmrn udah libur 2 hari.....
15 tahun yang lalu
2 ulasan:
sucinya cinta...
tidak mengenal rupa...
Cinta suci itu rupanya tidak memerlukan optik cable. Namun ada talian terus. Betapa rahsia kejadian Illahi.
Catat Ulasan