Rabu, 25 November 2009

Cadangan Kepada Majlis Peguam:

Dengan segala persangkaan baik izinkan hamba melontarkan cadangan terbuka ini. Hamba yang jahil dan hina ini meletakkan kepercayaan hak dan hakiki kepada ketulusan Majlis Peguam bahawa majlis menganut hasrat serta pemikiran untuk mencari dan membina kemurnian undang undang demi keadilan dan hak bagi rakyat jelata dalam perlaksanaan undang undang. 

Maka hamba seterusnya meletakkan sepenoh kepercayaan bahawa segala lompong lemah (week spot) dalam peraturan dan undang undang yang telah terkanuan tetap dalam minat tidak berbelah bahagi untuk berterusan dikaji dan dasarankan proses pemurnian dan penyempurnaannya. Pada masa kini lompong lompong begitu makin banyak kelihatan. 

Hamba ingin mengambil dua contoh terbaru sebagai permulaan. Tentulah ada banyak lagi yang ada dalam perhatian Majlis Peguam yang ingin kita letak kepercayaan sebagai pihak pejuang kebenaran yang bijaksana dan berilmu itu. Dua kes permulaan yang ingin hamba letak sebagai permulaan dan contih itu ialai: 

1) RPK didapati bolos dari sempadan Malaysia dan meneruskan perjalanan dengan pengenalan dan dokumen sah dan sebenar. Bukankah ini menunjukkan ada kelemahan dari segi peraturan dan undang undang sedia ada pada peringkat perlaksanaannya? Dalam keadaan dunia sedang menghadapi berbagai masaalah keselamatan kini tidakkah permasaalahan begini menjadi kritikal pentingnya. 

Undang undang dan peraturan pada peringkat perlaksanaan nampak jelas tercabar. Apakah pandangan, teguran dan cadangan oleh Majlis. Pada pandangan hamba Majlis peguam tentulah akan melihatnya sebagai satu cabaran; bukanlah sebagai satu kesempatan.


2) Agensi kerajaan yang diberi mandat untuk melaksana kerja kerja menguatkuasa undang undang hendaklah diberikan hak dan kebebasan untuk memikirkan cara dan kaedah sesuai dan wajar bagi proses penyiasatan serta meneraman maklumat sebenar. Semuga kekesanan proses pengumpulan maklumat benar yang sekaligus mampu memuntahkan cerita cerita bohong dan palsu dapat dijayakan dengan sebaik mungkin. 

Namun baru baru ini kita dikejutkan oleh satu keputusan mahkamah dibuat oleh hakim yang bijaksana menghalang SPRM daripada kerja lebih masa dan mensyaratkan mengikut undang undang sebagai kena melaksanakan tugasnya mengikut waktu pejabat. Hamba menyertai perasaan orang ramai, terkejut dengan keputusan itu. Aneh rasanya. Begitukah aspirasi undang undang sebenarnya.


Lontaran ini adalah satu pandangan tanpa perjudis. Hamba membuat lontaran ini bebas daripada sebarang kecenderungan politiking. Lontaran ini dirasakan perlu demi kesucian dan keharmonian agenda politik matang (pure and true meaning of politik). Harap semua pihak dapat memandang kekeliruan terbentang di sini dengan perasaan tanpa prijudis. 

Tetapi orang ramai tentulah berminat sakan untuk mendapat kefahaman sebaiknya dari cerna ikhlas para pengamal yang bijaksana. Sahabat sahabat yang ikut merasakan kepentingannya juga dipersilakan melontarkan perasaan dan pandangan masing masing. 

Tiada ulasan: