Tertibnya ialah mencedok dari tepi dan terus dituruti dari cedokan yang pertama itu. Orang yang suka mencedok dari tengah dikatakan sebagai orang yang penting diri. Kalau dia diberi amanah untuk membuat pembahagian dia akan mengambil yang terbaik untuk dirinya sendiri dahulu. Dia tidak berapa kesah sangat kepada kepentingan atau keperluan orang lain. Diberi pilihannya orang tidak akan suka ambil anak dara itu untuk dijadikan menantu. Kalau mencari menantu dicari anak dara yang apabila mencedok nasi dari dalam periok kemas dan tidak berterabur atau tidak terburai. Nasi yang ditinggalkan dalam periok tetap kemas dalam kedudukannya yang asal. Itulah orang yang cermat dan halus teliti kerjanya. Kepingan atau ketulan nasi dileraikan dengan cermat dalam pinggan atau mangkuk. Membiarkan ketulan nasi berketul ketul dalam pinggan atau mangkuk menjadi hidangan menunjukkan sifat pemalas dan suka ambil mudah terhadap apa apa kerja yang dia buat. Maka wahai anak anak dara yang pingitan; hati hatilah kalau bertandan kerumah bakal atau potensi ibu mertua. Macam macam diperhatikan.
KUEH SEMA digunakan untuk menguji anak dara atau teruna:
Bila bertandan kerumah bakal atau potensi mertua hati hati dengan sejenis kueh yang dinamakan kueh sema. Rupanya seperti putumayam tetapi dibuat dari tepong campur gula. Untuk mempastikan gula berurat itu tidak jadi melekik ia digaul dengan tepung beras yang digaringkan supaya cukup kering. Makan hendaklah cermat dan hati hati kerana nanti bukan sekadar kelihatan berterabur malah pemakan yang terburu buru akan terbelahak. Malahan boleh tercekik. Berterabur itu menunjukkan sifat yang terburu buru dan tidak cermat. Tetapi kalau sampai terbatuk batuk atau terbelahak itu menunjukkan pemakannya adalah jenis orang yang jelojoh. Hati hati kalau dihadapan orang orang tua.MENGGORENG KUEH KODOK adalah satu kesukaan ibu ibu mertua zaman dahulu untuk menguji manantu baharu.
Ramuan kueh kodok disediakan siap siap dan tugas menggoreng diserahkan kepada menantu baharunya. Ramuan itu sengaja dilikatkan sedikit supaya ia menjadi cukup melekik. Cara memasukkan ramuan kedalam kuali minyak panas tak boleh pakai senduk, sodek atau sudu. Kena pakai jejari tangan. Maka kelembutan tangan dengan bacaan otak memahami proses jatuhan tepong ramuan dari gerakan lembut teran urutan jari jari hendaklah selaras dan cukup cermat. Kalau tidak pasti kena percikan minyak panas itu. Naya je. Tetapi janganlah bimbang sangat. Mertua yang suka memasang perangkap begitu tentulah dah sedia tahu penawar obatnya. Cuma kena nangis dululah kesakitan kena minyak panas itu. Macam mana mencabar kah atai tidak menjadi menantu kepada mertua melayu tulin.
Cukuplah dahulu nanti kita sama sama tambah kemudian. OK ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan