Ahad, 8 November 2009

Pelajar MRSM - Di 10 Institusi Terbaik Dunia.

Baru baru ini hamba telah hadhir ke MRSM Jeli untuk Majlis Graduasi bagi pelajar tingkatan 3 dan 5. Majlis itu kebetulannya telah diresmikan oleh Pengerusi Mara; YB Dato' Seri Idris Jusuh yang hamba kenal sebagai mempunyai idealisma yang hebat dalam soal pendidikan. Masih segar lagi ingatan hamba pengalaman ketika singgah di rumahnya ketika beliau baru sahaja dilantik sebagai Pengerusi Mara dahulu. 

Masa itu beliau telah menceritakan mengenai dasar yang telah disetuju terima oleh pimpinan2 tinggi negara serta pengurusan mara dan pimpinan MRSM juga bahawa 4 MRSM akan memulakan percubaan untuk menerima pakai modul pengajaran sebagai MRSM Imtiaz: Dua MRSM pula akan membina modul pengajaran tersendiri yang memakai konsep MRSM Ulul Albab. 

Kerana hamba sedia faham kedua dua konsep Imtiaz dan Ulul Albab yang merupakan konsep yang telah lama diperjuangkan oleh DS Idris maka hamba sendiri pun terus bersemangat dan meletakkan harapan yang bertambah tinggi terhadap kecemerlangan produk MRSM dimasa hadapan.


Kali ini di, MRSM Jeli, DS Idris telah mendedahkan satu lagi rancangan yang teramat menarik dan mengkagumkan. Beliau menyatakan harapan untuk melihat sekurang kurang 5% lepasan MRSM akan berjaya ditempatkan di 10 Institusi Pengajian Terbaik di dunia. 

Sedangkan kita semua tahu untuk seseorang pelajar mendapat  tempat di Institusi institusi terbaik itu adalah terlalu payah. Maka dalam fikiran biasa kita akan merasakan bahawa hasrat DS Idris itu adalah sesuatu yang sukar dicapai. 

Tetapi rupanya DS Idris sebagai seorang pemimpin yang lebih suka bertindak daripada bercakap telah mendahulukan usahanya. Pada masa itu beliau sendiri bersama beberapa orang pimpinan MRSM baru sahaja pulang dari Bretain, melaksanakan kerja kerja tinjauan dan jualan. Mengikut beliau sebilangan tempat telah disetujukan untuk diperuntukkan kepada calun dari MRSM. 

DS Idris seterusnya menyatakan beliau akan seterusnya berusaha berkunjung ke semua 10 Institusi Pengajian terbaik di dunia dan dapatkan kota khas bagi pelajar pelajar lepasan MRSM. Pada hamba rancangan ini adalah teramat hebat kerana kelak kita akan mempunyai himpinan pelajar terbaik lepasan Institusi Pengajian terbaik dunia bagi menghadapi cabaran cabaran zaman dunia tanpa sempadan dan langit terbuka ini. 

Cuma berharap semuga anak anak yang akan dihantar untuk hidup dalam cabaran budaya serta pemikiran tersendiri di Institusi Pengajian terbaik itu hendaklah diberi serta dibinakan sekukuhnya jatidiri dan kendiri selaku warga Malaysia dan Bangsa Melayu. 

Kelak program ini akan dicatatkan sebagai penyumbang bermakna kearah menyediakan pemimpin masa depan dalam usaha membina Malaysia untuk menjadi antara negara terkemuka di dunia. 

Inshaallah.

Tiada ulasan: