Memaparkan catatan dengan label Wasiat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wasiat. Papar semua catatan

Khamis, 6 Januari 2011

Apa yang mereka tulis di luar negara. --- Sedangkan anak anak kita tiada minat politik

Sementara anak anak kita keras bertegas tiada minat untuk ambil tahu hal ehwal politik; sikap yang terbena di atas rasa bosan dan benci kepada persekitaran yang selalu mereka tonton dihadapan mereka. Suatu persekitaran yang penoh dengan perbalahan dan persengketaan sesama sendiri tanpa ukuran had sempadan tanpa perkiraan dan perhitungan yang saintifik. Apa agaknya akan akhirnya terjadi dengan deviating culture yang sedang terbena. Bacalah sebuah kutipan yang hamba jumpa dan nak kongsikan ini. Bacalah.

DatoseripuakaPenunggu SgBuloh
Rencana ini adalah diterbitkan oleh sebuah majalah di London. Ditulis di dalam bahasa mandarin dan telah dialihbahasa oleh pelajar melayu yang belajar disana. Rencana ini telah disebarkan sekitar tahun 2006 dan kebenarannya telah terbukti.

TAJUK: ’BERSATULAH KAUM CINA’
Kita semua kaum Cina di mana sahaja kita berada mestilah berbangga dengan bangsa kita; samada Cina Amerika, Cina Singapura, Cina Taiwan dan Cina Malaysia. Kita mestilah mengekalkan identiti kita. Di Malaysia, kita mesti memberitahu anak-anak kita dan mengajar mereka cara-cara perjalanan halus. Setakat ini oleh kerana kedudukan kita, kita tiada pilihan untuk memilih kerajaan yang majoritinya dikuasai oleh orang Melayu. Tetapi kita sedar dibidang perniagaan dan perindustrian, orang Melayu tidak ada melainkan mengekalkan bangsa kita (Cina) sebagai unsur utama meninggikan ekonomi Malaysia dengan meletakkan keutamaan Bahasa Mandarin atau Kantonis di dalam akhbar tempatan sebagai syarat penerimaan atau syarat kelayakan perlu. Maka orang-orang Melayu tentunya terpinggir dari bidang pekerjaan tersebut.
Jadi kita mengambil kesempatan ini atas kedudukan kita dan meminta hak-hak politik. Orang-orang kita yang bergiat di bidang pelajaran hendaklah pastikan bahawa generasi yang akan datang tidak akan diajar segala pengorbanan orang Melayu, terutama sekali dalam pelajaran sejarah, Ilmu Alam dan lain-lain mata pelajaran, baikpun di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah.
Kita mesti mengajar anak-anak dan anak orang Melayu supaya mempunyai pendirian bahawa kejayaan itu bergantung semata-mata atas kebolehan. Untuk tujuan ini kerajaan Singapura yang kita harus banggakan kerana telah berjaya memecah-belahkan orang-orang Melayu dengan cara membahagikan mereka kepada banyak puak seperti Banjar, Acheh, Bugis, Mandaling, Boyan dan lain-lain. Dari kesannya jiwa Rancangan ini, orang Melayu yang dulunya merupakan 19% daripada penduduk Singapura, sekarang hanya tinggal 10% sahaja. Sekarang mereka tiada pilihan melainkan memuji kerajaan Singapura kerana memberi mereka satu kestabilan, keadilan dan harapan untuk masa depan iaitu mana-mana bentuk yang kerajaan suka dan fikirkan, pasti mereka terima, sebabnya orang Melayu di sanatiada mempunyai suara lagi dan mereka akan tetap menemui kegagalan.
Sebagai orang Cina tulin, saya juga berbangga dengan cara yang dilakukan oleh En. Lim Chong Eu (Tun Dr Lim Chong Eu- Bekas Ketua Menteri) di Pulau Pinang untuk memecah-belahkan orang-orang Melayu di sana. Beliau telah berjaya mengambil tanah-tanah orang-orang Melayu dan memajukannya sebagai kawasan perumahan dan perindustrian. Oleh kerana harga rumah-rumah itu terlalu tinggi bagi orang Melayu, mereka tiada keupayaan langsung untuk memiliki rumah-rumah tersebut. Polisi ini tidak sahaja harus dilakukan di Pulau Pinang, tetapi juga di lain-lain tempat selain bandar-bandar besar seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Johor Bahru dan Kuantan. Kita orang Cina harus mara ke Alor Setar, Kangar, KotaBharu dan Kuala Terengganu.
Tujuan kita ialah untuk menguasai segala kegiatan perdagangan yang berkaitan dengan bahan makanan, enjin, bank-bank serta pertanian. Alasan yang munasabah perlu dicari dan dikemukakan kepada kerajaan untuk menaikkan harga barang-barang keperluan harian. Inilah yang kita akan terus gunakan untuk mendapatkan kekuasaan politik di Malaysia. Oleh kerana kita telah kukuh di bidang Antarabangsa, kita mesti menganggap bahawa saluran penyebaran am yang ada pada kita. Setakat ini, dunia menganggap bahawa kerajaan Malaysia sekarang adalah anti Cina dan Pro-Melayu dan juga kita orang Cina ditindas. Orang Cina tersingkir dari kebanyakan peluang, itulah anggapan mereka. Juga bahawa kepakaran dan titik peluh kita telah tidak diberi dan mendapat ganjaran yang sepatutnya. Walau bagaimanapun, kebelakangan ini terdapat langkah-langkah yang diambil oleh elit-elit Melayu untuk mengubah gambaran ini dan menyuarakan apa yang sebenarnya berlaku.
Kita sebaliknya mematahkan langkah-langkah itu sebelum ianya berjaya dilaksanakan. Dalam bidang politik, orang-orang Cina haruslah bergembira dengan perpecahan demi perpecahan terlibat di kalangan orang-orang Melayu dengan keluarnya Pas dari Barisan Nasional, keluarnya ahli UMNO ke parti KeAdilan dan semakin perpecahan itu menguntungkan kita.
Saya sebagai orang Cina, sangatlah bergembira untuk memberitahu anda bahawa salah satu sebab penyingkiran itu adalah jarum dan tindak-tanduk teman-teman kita Gerakan dan MCA di dalam Barisan Nasional dan DAP dari luar. Sekarang tibalah masanya untuk kita menanam perasaan benci di kalangan orang-orang Melayu terhadap pemimpin mereka. Kalau kita bijak menjalankan operasi kita, kita akan berjaya mengasingkan Perdana Menteri sekarang ini yang terlalu jujur menjadi seorang Ahli politik. Kalau kita orang-orang Cina bersatu, kita berjaya memecah-belahkan Dato’ Sri Dr. Mahathir Mohamed dengan Dato’ Sri Anwar Ibrahim, kumpulan Abdullah Ahmad Badawi dengan Kumpulan Najib Tun Razak.
Apabila British meninggalkan Malaysia, pemerintahan adalah di tangan beberapa orang Melayu pilihan. Kita ketahui bahawa pemimpin-pemimpin Melayu ini kiranya disukai oleh orang Melayu sendiri. Pada keseluruhannya, mereka adalah orang-orang miskin tetapi bernafsu besar. Kita berkeupayaan memberikan apa yang mereka mahu. Kita akan terus mendapat apa yang kita kehendaki dari mereka. Kemudian sesudah kita memberi mereka secukupnya, kita akan mendedahkan mereka ini. Kita akan meminta mereka supaya dilucutkan daripada jawatan-jawatan mereka. Kita tidak akan rugi apa-apa dengan pemecahan itu, malah menguntungkan orang-orang Cina. Pekerjaan ini mesti dijalankan dengan licin, supaya intelek-intelek Melayu tidak akan menyedarinya. Setakat ini kawan-kawan kita di bidang perniagaan telah berjaya mengenepikan Dr Mahathir, Dr Abdul Rahman Yaakob dan semua pelampau-pelampau dalam UMNO termasuk juga sektor kerajaanKita orang-orang Cina harus bangga kerana orang-orang Melayu yang menerima rasuah ini telah diletakkan di badan-badan berkanun. Di UDA kita telah mendapat keuntungan yang banyak walaupun orang kita nombor dua di situ. Mereka yang tidak mempunyai pandangan yang kuat akan terus sanggup menjual orang-orang dari bangsanya sendiri, kiranya mereka diberi apa yang mereka kehendaki dan kita pula hendaklah menggunakan kelemahan mereka ini untuk kepentingan diri kita.
Kita akan gagalkan mereka dengan Tentera Darat, Laut dan Udara. Kita akan terus gagalkan mereka dalam polis. Kita telah buktikan bahawa tanpa kita orang-orang Cina, mereka tidak akan mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan kegiatan Komunis. Kita juga perlu bekerjasama dengan pergerakan di bawah tanah kerana tujuan kita adalah sama iaitu menguasai Malaysia.
Kepada kita, caranya tidak lain sama ada menerusi politik atau perjuangan bersenjata. Satu perkara lagi yang patut kita gunakan adalah kebencian yang ada pada orang-orang Melayu dengan Sultan-Sultanmereka. Kita mesti menguatkan lagi kebencian ini supaya apabila orang-orang Melayu tidak mempunyai kepercayaan terhadap Sultan-Sultan mereka, mereka akan hilang suatu simbol perpaduan dan kita dengan mudah sahaja dapat membawa mereka kepada kemusnahan mereka sendiri.
Untuk membuktikan apa yang saya katakan, sebagai seorang Cina, kita tahu kerajaan Malaysia sekarang lemah. Kelemahan ini terbukti dengan kegagalan mengawal harga barang-barang keperluan. Kita boleh menurun mana-mana cukai dengan menurunnya harga buah oren menjelang TahunBaru Cina, tetapi kerajaan tidak berbuat demikian apabila tiba Hari Raya orang-orang Melayu kerana saya tidak pernah ingat harga buah Kurma diturunkan menjelang Hari Raya.
Pemimpin-pemimpin Melayu bertujuan untuk menolong orang-orang melayu dalam rancangan Malaysia ke-7. Kita orang-orang Cina harus menunjukkan sokongan kita terhadap rancangan ini kerana kita tahu mereka tidak akan mencapai matlamatnya. Di sebaliknya, apabila mereka hendakmemajukan rancangan Felda, kita orang-orang Cina akan mendapat keuntungan melalui pembinaan jalan, pembinaan bangunan, pembinaan rumah-rumah, parit, pemotongan pokok, penyediaan tanah dan lain-lain.
Segala bentuk pembangunan akan membawa keuntungan kepada orang-orang Cina, yang juga bermakna kejayaan serta kekayaan orang-orang Cina akan bertambah. Sekarang ini saya percaya, orang-orang Cina sudahpun memegang 60% daripada kekayaan negeri ini termasuklah tanah. Sebaliknya orang-orang Melayu hanya memegang 3% berbanding 4% kepunyaan asing.Kita tidak boleh berpuas hati. Kita orang Cina hendaklah mendapatkan kekayaan orang-orang asing ini sebelum ianya jatuh ke tangan orang-orang Melayu. Taktik kita memberi saham kosong kepada orang-orang Melayu hendaklah disambung terus kepada orang-orang Melayu ini dan akan mengenepikan orang-orang Melayu lain daripada memasuki bidang kewangan terutamanya sebagai akauntan.
Di bidang pelajaran kita mesti mewujudkan Universiti Merdeka secepat mungkin. Kita mesti terus menghantar beribu-ribu anak-anak kita ke Hong Kong, Taiwan , Amerika atau di mana-mana di dunia ini. Apabila mereka pulang kita akan memasukkan mereka di sektor-sektor Swasta yang mengandungi 80% daripada peluang pekerjaan. Oleh kerana keadaan ini, kerajaan sekarang ini yang pro-Melayu tidak akan berjaya menguasai keadaan pasaran. Petani-petani yang terdiri dari 75% orang-orangMelayu terus tidak bertanah. Nelayan akan tetap miskin oleh kerana pegawai-pegawai kerajaan mereka sendiri sudah tidak boleh dipercayai lagi.
Orang Cina harus menolong untuk memusnahkan segelintir pegawai-pegawai Melayu yang dedikasi dengan membawa mereka ke golongan kita. Kita dengan demikian diharapkan akan membuat mereka gagal dalam tujuan asal mereka. Ini kita pastikan lakukan dengan usaha bersama antara sektor swasta atau kerajaan.
Beberapa di kalangan Cina mungkin bertanya sama ada boleh atau tidak mengambil alih negara ini dengan pasukan tentera. Saya menjawab, mereka hanya general-general bodoh. Lihatlah sahaja kelulusan mereka dan pengalaman mereka dan lihat pula apa yang berlaku di Indonesia. Di Indonesia mereka semua boleh dibeli. Jadi, setelah kita memegang kuasa politik, kita boleh ketepikan pasukan tentera ini. Kita orang-orang Cina mempunyai kebolehan untuk bermuka manis dan dipercayai oleh orang-orang Melayu dan kita harus memainkan peranan kita dengan baik. Kita akan terus bermanis muka dengan berkawan bersama mereka kerana waktu ini kita belum boleh menunjukkan niat dan belang kita yang sebenar. Contoh yang paling konkrit kita mengalami kekalahan teruk dalam atasan dan saya tahu apa yang ada di dalam otak mereka dan apa yang difikirkan. Pada keseluruhannya, pemimpin-pemimpin sekarang sedang takut menemui pengundi mereka.
Kita mesti mengumpulkan tenaga dan usaha mematahkan mereka dengan cara perlahan-lahan. Pada masa yang sama juga kita mesti perkuatkan dan mengapi-apikan risauan kesangsian orang-orang Melayu terhadap pemimpin-pemimpin mereka. Ini kerana terlalu jelas ketidakstabilandan kemiskinan masyarakatnya. Akhirnya diharapkan mereka ini tidak akan berminat untuk mengundi dan membiarkan takdir yang menentukannya.
Kita akan membuat penentuan ke atas mereka dan masa depan mereka kerana orang-orang Cina akan menjadi pemimpin-pemimpin mereka itu.
Oleh Dr. Ng. Sen
Lihat seterusnya..

Ahad, 9 Mei 2010

Membela "HANTU"

Barang siapa ada atau pernah membela "hantu" untuk menggoda, menggigit atau memakan orang lain hendaklah ia menjaga jadual bekalan pulut kuning, ayam panggang dan hidangan mengikut kehendak "hantu"nya pada setiap masa. Kalau tidak tunggulah padahnya kelak dirinya sendiri atau ahli keluarganya pula akan menjadi mangsa "hantu"nya sendiri. 

Hendaklah juga orang yang pandai membela "hantu" itu sedar bahawa selepas ia mati kelak; "hantu" belaannya itu akan menjadi saka yang akan menurut turun kepada anak cucunya pula. Jika mereka kelak tidak tahu menjaganya maka mereka kelak akan dimakan "saka" pula. Maka hendaklah juga orang yang pandai membela "hantu" itu mengajarkan kepandaian membela dan menjaga "hantu" itu kepada anak cucunya. 

Kalaulah perkara itu ada kesan dalam perhitungan di Bank Pusat Almahsyar kelak tidaklah dapat dibayangkan bagaimana percambahan kesuburan akaun itu. 

Mashaallah.

Sabtu, 6 Mac 2010

KEKUATAN BANGSA MELAYU = Ketulinan Iman.

Ada sahabat bolger bertanya tentang: 
http://penaminang.blogspot.com/2010/03/dimana-terletaknya-kekuatan-melayu.html
Kekuatan Bangsa Melayu ?

Jawapan hamba spontan sahaja:

KETULINAN IMAN.
Cuma maklumat yang kita ada seperti kata sahabat blogger yang berlogokan shahadat; adalah berdasarkan kepada tulisan orang barat. Mereka menjajah wilayah wilayah dengan matlamat GGG (glory/gold/gosple) yang terbit dari dendam perang sabil (crusade) berebut Jerussalam disamping mendapatkan rempah dan lain lain bahan dari wilayah wilayah yang kaya dirantau ini.

Satu lagi perkara yang ingin hamba beri tumpuan ialah ada tercatatnya dalam protokol of the zionis; "we change history" sebagai satu tajuk kecil. rujuk buku: "conquering the world through the protocols of the Zionist" - tulisan Victor Marsden. Dan hal itu memang diusahakan oleh British dan juga lain lain bangsa Eropah yang menjajah kita.

Tindakan awal penjajah apabila menguasai wilayah ini ialah menulis pertama mengenai adat resam dan sifat dan sikap ia itu Budaya Melayu. Sumber sejarah sedia ada dihapuskan. Munshi Abdullah (yg diajarkan kepada kita supaya mengkagumi) telah diupah untuk mengutip semua menuskrip Melayu. (Diulangi SEMUA menuskrip Melayu) kerana ada maklumat dimana beberapa naskah salinan manuskrip yang sama juga dikutip habis.

Satu cerita menarik yang hamba temui ketika mengiringi Us. Abdullah Mohd (Nakhula) menjalankan penyelidikan mengenai bentuk mesjid potong Demak di Melaka dalam tahun 1975. Kami telah bertemu dengan Tuan Haji Idris, imam tua di Mesjid Serkam Pantai. Beliau yang lahir dalam tahun 1900 adalah bekas seorang guru Melayu yang disarakan dalam tahun 1929 kerana telah diperakukankan oleh doktor bangsa Inggeris sebagai tidak sihat. Mengikut cerita tuan Haji Idris beliau cuma mengalami sedikit batuk ketika itu tetapi beliau disuruh datang lagi dan lagi ke hospital.

Rahsia sebenar disebalik cerita itu ialah kerana beliau memang suka menulis mengenai adat resam dan sejarah Melayu. Dan saya telah berjaya mendapatkan 2 buah buku kecil tulisan tangan Tuan Haji Idris. Kedua buku itu malangnya hangus bersama 13 jilid Ensaiklopedia Budaya Melayu dalam api yang membakar Wisma Keramat (kini Wisma Tanah) dalam tahun 1983. Pejabat dan Perpustakaan kami adalah terletak di tingkat 16 bangunan itu dan hamba sendiri telah berhenti kerja pada masa itu.

Cerita mengenai api di itu adalah agak menarik kerana sebelum itu Wisma Keramat telah dua kali digemparkan oleh api yang bermula dari longgokan surat khabar di tingkat 12. Api yang akhirnya membakar keseluruhan bangunan itu juga bermula dari lantai yang sama. Cuma siasatan yang dijalankan tidak dapat membuktikan adanya perbuatan khianat.

Satu lagi cerita menarik timbul semasa hamba mengiringi Mohd Affandi Hassan, Pengarah Seksi Penyelidikan Kebudayaan di KKBS dalam tahun 1974 untuk bertemu dengan Tuan Haji Mohd Yusof yang berusia sekitar 76 tahun pada masa itu. Tuan Haji Yusof ialah abang kepada Pendeta Zaaba. Beliau tinggal di Rembau NS tetapi telah di bawa ke Alor Gajah, Melaka untuk bertemu beberapa orang penulis jemputan pada masa itu. Tuan Haji Yusof ialah bekas Pegawai Tadbir Melayu yang bersara pada Tingkat Tertinggi (Super Scale) G yang bersamaan dengan M 1 sekarang. Berkelulusan pangkat 2 School Certificate Tuan Haji Yusof adalah dikira pelajar pintar berbanting Zaaba sendiri yang mendapat pangkat 3.

Sebagai pelajar pintar beliau telah ditawarkan untuk terus menjadi Pegawai Tadbir Melayu tetapi kenaikan pangkatnya memang lembab kerana pertama beliau tidak minum arak dan kedua beliau enggan menjadi ahli kepada Kelab Selangor (Selangor Club) dan yang paling parah ialah beliau enggan berdansa serta tidak membawa isterinya ke majlis majlis perjumpaan pegawai. Beliau adalah tidak sosial dan sukarlah untuk naik pangkat walau pun bijak. Ada beberapa pengalaman Tuan Haji Yusof dimana beliau telah dipanggil oleh Ketua beliau yang berterus terang mengenai kedudukan kenaikan pangkatnya. Oleh kerana kedegilannya maka lambat benarlah kenaikan pangkatnya.

Moralnya cerita ini menunjukkan betapa British telah memaksakan perubahan budaya terhadap orang Melayu. Malahan apabila British kembali ke Tanah Melayu selepas Perang Dunia ke 2 bapa tiri hamba yang sempat berjuang di Pasir Panjang di Singapura enggan menerima tawaran untuk menjadi pegawai dalam pasukan Askar Melayu atas sebab yang sama jualah.

Hamba juga ikut menerima tempias apabila telah dimasukkan ke sebuah sekolah Inggeris dalam tahun 1954. Datok hamba yang dibesarkan di madrasah Tok Ku Paloh telah tidak bertegor sapa dengan ibu hamba selama lebih 5 tahun kerana takut hamba menjadi kafir. Pada hal hamba dan semua adik beradik pupu hamba tetap berhimpun di rumah Datok setiap malam Jumaat kerana beliau mengajar ilmu Ugama. Tetapi kemudian baharulah hamba faham maksud Datok itu ialah menganut budaya orang kafir.

Walau bagaimana pun ketulinan Jiwa Melayu yang perkasa tetap musnah juga diperkotak katikkan oleh sejarah. Zaman pendudukan Jepun pun beberapa ramai orang Melayu yang perkasa dan handal serta pemimpin yang dipatuhi menerima hukuman maut. Yang sukar dihadiahkan kematian itu ditanam hidup hidup. Zaman bintang tiga yang dipimpin oleh Chin Peng walau pun hanya 17 hari juga berapa ramai orang Melayu yang hebat daya pimpinannya dihapuskan. Bapa yang membesarkan hamba telah sempat melompat naik ke pentas yang dijadikan sebagai mahkamah dimana seorang sahabatnya telah dijatuhkan hukuman pancung. Alhamdulillah orang tua berkenaan selamat dan dilepaskan dengan bantahan dari bapa tiri hamba itu.

Itu baru kesah sejarah yang hamba alami sendiri sahaja. Kesah sejarah tertulis tidak perlulah hamba yang tuliskan kerana hamba bukan mengkhusus dalam bidang sejarah. Ini pun sudah menjadi terlalu panjang. Kerana terlalu panjang itu izinkan hamba berhenti dahulu setakat ini dahulu.

Malam nanti akan hamba sambung pula mengenai kesah Ilmu. Hamba berhajat nak ceritakan maklumat maklumat yang melibatkan pengalaman sendiri sebenarnya, kerana hal begitu jarang orang lain ceritakan.

Inshaallah malam nanti hamba sambungkan. Lagi pun waktu Maghrib sudah hampir kini....  ....   ....  .... akan bersambong.

Ahad, 20 Disember 2009

Mengawal Umarah Nafsu Insan.

Seorang sahabat menulis mengenai masadepan seorang pemimpin yang padanya sudah punya masa depan yang tipis sekali didalam kepimpinan. Ini adalah kerana pada pendapatnya pemimpin itu telah meningkat naik dengan begitu laju dengan bersandarkan kepada kekuatan yang bukan dari dirinya sendiri. Oleh kerana sandarannya itu kini sudah tidak lagi berada dalam susun lapis pimpinan maka kekuatannya yang menumpang itu pun ikutlah tertolak. 

Hamba faham benar dengan apa yang cuba disampaikan itu dan hamba pun bersependapat dengan sahabat itu. Namun yang menarik bagi hamba ialah sebuah cerita hikayat mengenai Wau Bulan yang mungkin boleh diambil sebagai pengajaran juga dalam hal yang ada hubungan dengan cerita yang dibawakan oleh sahabat kita itu. Sengaja hamba tidak catatkan siapa yang bercerita itu dan dilaman mana dia membuat catatannya atas sebab sebab yang tersendiri bagi hamba. Maaflah. 

Cerita hikayat yang hamba maksudkan ialah seperti dipertirinkan di bawah ini:


"Wau beremas bersayap sandang; 
tinggi 7 gah besar 7 lejang; 
baru dilambung sudah melompat awan; 
mengarak teraju meregang tali;  
nyaring siul membabas busul; 
lenggok menyentak lenggang meregang;
iring juara karak tak lekat; 
manalah tempat nak ikat tambat; 
maka diikat pada batu, batu pecah; 
diikat juga pada pokok, pokok tercabut; 
diikat juga pada bukit, bukit runtuh, 
diikat pada gunung, gunung pun rebis.
Maka akan juara matang bicara; 
diikat juga pada rumput gelang sambal. 
.......  .....    
........   
Maka akan Wau Bermas bersayap sandang 
tunduk runduk dibawah paras awan 
lembut tari limbai langkahnya 
mencari ayah bertanyakan guru.  ....    .....    ....."

Demikianlah cara orang dahulu kala menyampaikan pengajaran. Jauh sindirannya tetapi berlapis dan mendalam maksudnya. Wau yang hebat dengan hiasan keemasan (lambang nafsu) kalau sudah dilambung menocang bermain angin menyentak terajunya dan meregangkan talinya meluncur naik sampai keparas angin atas (baru dilambung sudah melompat awan). 

Keterlaluanlah angkuhnya (nyaring siul membabas busur) dengan gaya yang keterlaluan (lenggok menyentak lenggang meregang). Sehingga pengemudinya pun menjadi nanar (iring juara karak tak lekat). Maka kemanalah akan di ikat (maka diikat pada batu, batu pecah; diikat juga pada pokok, pokok tercabut; diikat juga pada bukit, bukit runtuh, diikat pada gunung, gunung pun rebis). 

Maka tiadalah tambatan lain lagi yang mampu menjinakkan keghairahan itu melainkan pada diri yang menggunakan pertimbangan akal yang seimbang jalar dengan budi bahasa yang halus serta kemas cermatnya. Baharulah turun keghairahan nafsu itu keparas wajar (mencari ayah bertanyakan guru) Maksud ini digambarkan dengan rupa rumput gelang sambal yang jarang pelepah dan daunnya tetapi lebih lebat akarnya dengan serabut akar rambut yang halus tetapi penoh serabutnya. Baharulah


Apalagi kalau diperhatikan betul betul bentuk akar rumput gelang sambal ini; keliling umbinya penoh dengan akar kasar (akar tunjang belaka) tetapi serabutnya penoh seperti kapas. Inilah juga sebabnya ia selalu digunakan oleh orang Melayu untuk merenjiskan tepong tawar atau air penawar dalam proses perubatan terutamanay kejiwaan.

Wallahhuaalam.

Rabu, 16 Disember 2009

Alam Kecil dan Alam Besar.

Orang Melayu dahulu memahami bahawa alam itu terdiri dari alam besar (alam nyata yang dikaji sains itu) dan alam kecil (sekujur tubuh seorang insan). Setiap yang ada dalam alam kecil ini adalah perulangan dari alam yang besar itu.

Kalau pernah hamba catat mengenai tautan dalam komen hamba dilaman sahabat sahabat tentang haba, tenaga dan cahaya rasanya adalah dimaksudkan kepada alam kecil. Dimana cahaya itu pun tidak kelihatan pada mata kasar. Apalagi haba dan tenaga. Namun ia boleh dirasakan. Inilah rahsia didalam Ilmullah. Sains fisik mungkin dapat merakam dan menyukatnya dengan kebijaksanaan dari hidayahNya.

Memahami proses jadinya juga adalah lebih rumit seperti anda cuba memahami laluan tenaga dan cahaya melalui vakum sehingga boleh sampai ke bumi; malah sampai mampu mendayakan segala kehidupan serta bersembunyi dalam bukan kehidupan juga di bumi ini.

Nah itu dia. Cetusan kecil ini menuntut terlalu banyak rahsia nak kena dicari oleh ahli ahli sains yang barangkali kena gabungkan fisik, kimia dan baologi dengan cabang cabang tersendiri dicelah celahnya. Barangkali ada persoalan telah berjawab; namun belumlah lengkap. Malahannya pada hamba ia tidak akan lengkap sampai bila bila. Itulah rahsianya hebat dan kayanya kejadian Allah.

Bagi anak anak yang masih belajar terutama dalam bidang bidang sains selesaikan pengajian anda kini dengan secemerlang mungkin. Kemudian teruskan kajian dan pencarian rahsia seperti terkandung dalam kecenderungan untuk meneroka tanya itu. Cubalah teroka dan cari penemuan tersendiri.

Jadikan dunia Islam dan dunia sebelah sini sebagai lubuk penemuan penemuan baru. Banyak petunjuk terkandung didalam Quraan, usul sufi dan akar umbi bangsa mu. Inshaallah akan diturunkan seorang Mahadi di bumi ini.

Maafkan hamba kalau dalam percubaan untuk tumpang bercakap dalam bahasa sains ini hamba kelihatan aneh dan mengelirukan. Namun demikianlah harapan hamba kepada anak anak muda bangsa hamba.

Amin yra.

Ahad, 1 November 2009

Jangan Sak Sebak Lugar Mual ..... ..... ..... .....

Hamba tertarik dengan seruan Panglima Perang Cyber yang manyarankan kita semua mengamati tulisan Azli Shukri dan seterusnya ikut menyebarkannya. Dalam menyatakan persetujuan hamba dengan seruan itu dibawah ini hamba salinkan beberapa potongan daripada mereka berdua. 

Maaf hamba ambil potongan potongan sahaja. Namun untuk membaca teks penoh pembaca masih boleh masuk ke laman laman berkenaan sendiri. Semuga sedutan ini berguna dan menarik serta memudahkan pembaca yang punya masa terhad serta mampu menghurai sendiri dari apa yang dibaca. Sedutan dari laman Panglima Perang Cyber hamba tanda dengan latarbelakang merah jambu dan sedutan dari tulisan asal Azli Shukri hamba tandakan dengan latar belakang biru muda untuk kemudahan dan keselesaan pembaca.


Isu Ulama yang jahat atau Ulama Suu' ini jarang diperdebatkan. Ia secara halus telah ditampal pada diri ulama yang bekerja dengan kerajaan. Dalam ucapan, tulisan dan juga perbuatan pemimpin pembangkang, otak mereka hanya mengiktiraf ulama yang menyokong perjuangan mereka atau yang bernama Nik Aziz dan Haji Hadi sahaja. Tidak termasuk Mat Sabu kerana dia pernah ditahan khalwat di Hotel Perdana...Walhal takrifan 'jahat' tidak semestinya bergantung kepada 'terma' bekerja dengan kerajaan. Kerana ia bergantung kepada amalan bukan 'nama' pekerjaan.
 
Dalam bab agama tidak dapat tidak kerajaan sememangya memerlukan pandangan dan nasihat ahli agama. Taraf ilmuan dan mahir dalam bidang yang diperlukan oleh kerajaan. Maka tugas mereka diganjari dengan gaji yang dikutip dari hasil pendapatan negara. Sama seperti tugas-tugas lain yang dibuat oleh Penjawat Awam di mana mana organisasi awam atau jabatan. Apakah pernah ada alim ulama kerajaan mengeluarkan fatwa halal arak dan judi serta pelacuran di negara kita kerana diberi wang dan jawatan ? Tidak sama sekali !!!!!!

 
Tidak timbul dalam hal ini ahli agama dirasuah dengan wang untuk menjustifikasikan perbuatan kerajaan. Bahkan dalam senario sekarang, Kerajaan memandang tinggi golongan agama ini yang menjadi penasihat dalam memberi pandangan berhubung isu agama yang tidak diketahui oleh semua orang. Buktinya Penasihat Agama Perdana Menteri adalah satu jawatan rasmi yang diketahui umum dan membuktikan keseriusan negara dalam mengangkat martabat ulama namun sengaja didiamkan oleh mereka. Ini bertujuan agar PAS sahaja dilihat lebih beragama dan supaya rakyat tetap memandang kerajaan kita cenderung kepada kejahatan dan menolak nasihat alim ulama dalam menerajui Kerajaan. Juga lihat di Negeri Sembilan, Mufti diberikan kedudukan istimewa hingga berstatus Exco.

 
Adakah ia berlaku di negeri Serambi Mekah ( juga negeri kelahiran saya ) ? Tidak.
Kenapa ? Anda tentu lebih tahu sebabnya.

 
Maka saya sangat menyokong artikel tulisan Blogger Azli Shukri ini diulang-ulang sekali seminggu dalam blog kita.

 
Kerana mesej ini sangat jelas dan perlu ditatap oleh semua ahli PAS agar mereka tidak lagi terpedaya dengan permainan politik berlatarbelakangkan agama.

Hal ini pernah diisyaratkan oleh sabda baginda: "Celakalah bagi umatku (akibat) daripada (perbuatan) ulama-us su'.'' (Riwayat al-Hakim). Sabdanya lagi "Seburuk-buruk sesuatu daripada yang paling buruk ialah ulama yang buruk dan sebaik-baik sesuatu daripada yang paling baik ialah ulama yang baik.'' (Riwayat Ad-Darimi). Masyarakat akan musnah dan rosak apabila ulama-us su' dijadikan imam untuk diikuti serta dipercayai. Oleh itu, masyarakat awam harus mengetahui perbezaan antara ulama-us su' dengan ulama yang mewarisi ilmu para nabi.

Dua ciri ulama us-su' yang paling berbahaya dalam masyarakat kita pada hari ini, ialah: Ulama us-su' yang menyesatkan orang ramai dan kedua, ulama-us su' yang menjadi tukang fitnah. Golongan pertama menyesatkan orang ramai dengan fatwa-fatwa mereka yang salah. Oleh kerana mereka orang-orang yang dipercayai, maka apa-apa sahaja yang mereka katakan, akan dianggap sebagai pedoman serta menjadi pegangan dalam masyarakat. Namun demikian , sebenarnya mereka mengeluarkan pendapat atau fatwa yang mengelirukan. Apa-apa yang sebenarnya "haram" menurut Allah dikatakan "halal", dan sebaliknya apa-apa yang halal menurut Allah di "haram" kan pula.

Bagi masyarakat awam yang jahil pula akan mudah percaya dan terpesona dengan gelagat ulama-ulama-us su' ini. Kesannya, masyarakat akan hidup dalam kesesatan dan kehancuran. Ulama-us su' tidak hanya terdapat dalam agama Islam, bahkan ulama seperti ini pernah merosakkan masyarakat Yahudi serta Nasrani seperti yang pernah diceritakan oleh seorang sahabat nabi bernama Ady bin Hatim.

"Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW, dan pada leherku tergantung sebuah salib yang diperbuat daripada emas, Rasulullah SAW bersabda kepadaku "Wahai `Ady lemparkanlah berhala ini (salib).'' Kemudian baginda membaca ayat ini:"Mereka menjadikan orang-orang alim (ulama-ulama atau ketua-ketua agama) dan pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah." (At-Taubah: 31). Maka saya bertanya: "Wahai Rasulullah, mereka itu tidak menyembah ulama-ulama dan pendeta-pendeta mereka itu."Nabi pun bertanya: "Bukankah para ketua agama dan para pendeta itu menghalalkan bagi mereka terhadap barang yang diharamkan oleh Allah? Maka kemudian mereka (pengikut) ikut menganggap halal, dan para ketua agama dan para pendeta itu mengharamkan bagi mereka terhadap barang yang dihalalkan oleh Allah, maka kemudian mereka ikut menganggap haram?'' Saya menjawab "Betul ya Rasulullah.'' Maka baginda pun menjawab: "Demikian itulah yang di namakan ibadah (menyembah ) kepada mereka.''

Ulama-us su' kedua, ialah ulama yang menjadi penyebar fitnah. Rasulullah pernah bersabda: "Akan datang suatu zaman di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan al-Quran pula hanya tinggal huruf dan tulisannya. Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama mereka adalah manusia yang paling jahat di antara yang ada di bawah langit. Daripada para ulama ini muncul bermacam-macam fitnah dan (fitnah itu) kembali ke dalam lingkungan mereka.'' (Riwayat Baihaqi ).

Ulama jenis ini merupakan golongan ulama yang paling berbahaya sekali. Hal ini kerana, ia bukan hanya memporak perandakan masyarakat semata-mata, tetapi turut sama mencemarkan nama serta imej institusi ulama itu sendiri. Kesannya, Masyarakat akan hilang hormat serta memandang rendah kepada ulama-ulama lain yang ikhlas dalam perjuangan mereka.

Ulama tukang pembawa fitnah ini, tidak hanya menabur fitnah semata-mata tetapi lebih daripada itu, kadang kala dia sanggup membuka aib serta keburukan orang lain di hadapan khalayak ramai. Sedangkan Allah telah mengingatkan kita dengan firman-Nya: "Sesungguhnya orang-orang yang suka agar tersebar keburukan dalam kalangan orang-orang beriman, bagi mereka adalah azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui (segala perkara), sedang kamu tidak mengetahui.'' (An-Nur: 19). Inilah janji Allah kepada mereka yang suka menabur fitnah.

Fitnah yang dilakukan oleh ulama-us su' ini adalah lebih bahaya daripada fitnah yang dilakukan oleh masyarakat awam. Hal ini kerana golongan ulama lebih mudah dipercayai orang ramai, kerana mereka berselindung di sebalik pakaian ala-ulama serta ucapan mereka juga dicampur-adukkan dengan ayat al-Quran serta hadis nabi.

Islam sebenarnya telah memberi garis panduan menghadapi golongan semacam ini antaranya: Pesanan serta ingatan daripada firman Allah "Hai orang-orang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal di atas perbuatanmu itu.'' (Al-Hujurat: 6 ). Dan "Maka bertanyalah kamu semua kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.'' (An-Nahl: 43).

Kesimpulannya, ulama-us su' yang suka mencetuskan fitnah serta gemar memberi fatwa-fatwa yang sesat adalah amat berbahaya kepada masyarakat. Maka tidak hairanlah mengapa Rasulullah mendakwa bahawa ulama-us su' merupakan sejahat-jahat manusia sebagaimana kisah ini. Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling buruk atau jahat?'' Rasulullah menjawab, "Ya Allah, hapuskanlah dosa-dosa kami. Bertanyalah kamu daripada hal-hal kebaikan dan janganlah bertanya daripada hal kejahatan. (Ketahuilah) Sejahat-jahat manusia itu, ialah seburuk-buruk ulama di tengah-tengah manusia.''(Riwayat al-Bazzar).

Dan benarlah juga pesanan yang diutarakan oleh Mu'az bin Jabal "Hendaklah kamu berhati-hati dan takut terhadap tergelincirnya seorang alim kerana kedudukannya yang agung di sisi orang ramai. Kemudian orang ramai itu ikut sama tergelincir dengannya.''

Ditulis Oleh Muhammad Azli Shukri di www.Azlishukri.blogspot.com



Maka seterusnya hamba pun inginlah berpesan kepada semua orang Islam khususnya mereka yang mungkin berkenaan (wallahhuaallam). Dalam menghadapi kecelaruan yang dilontarkan terhadap kita kini hendaknya janganlah kita sampai menjadi :

Sak
Sebak
Lugar
Mual
Babuk
Bikun
Pening
Relu
Gila
Spera.
Kerana yang demikian boleh melemahkan umat sehingga menjadi tidak mampu mempertahankan negara dan sekaligus tambah melemahkan 
UGAMA.

Sabtu, 12 September 2009

Himpunan Antara Kita Semalam.

Hamba tak pasti apakah kesan yang dibawa pulang oleh setiap orang sahabat dari perhimpunan antara kita semalam. Cuma bagi hamba bilangan seramai semalam yang sekaligus merangkai kait berbagai peringkat usia adalah suatu kenangan yang patut kita ulang ulang dari semasa ke semasa.

Apabila keluarga menjadi besar tentulah berbagai sulam bunga bertekat menganyam jalin berbagai kelainan. Namun selagi kelainan itu kita terima sebagai lumrah dalam proses membina keindahan kita tetap terhindar dari perit membekam rasa.

Gambaran yang sudah berjaya kita tunjukkan secara zahir dalam permesuaratan kita semalam adalah satu gambaran yang cukup memberangsangkan. Kita sebenar2 adalah bersaudara dalam keluarga yang besar.

Hamba membuat catatan ini dengan tujuan untuk merakamkan harapan supaya semangat yang telah berjaya kita tunjukkan semalam adalah benar dan tetap benar dalam penganutan generasi lapis lapis terkemudian.

Semuga catatan ini menjadi kenangan kepada mereka untuk diambil contoh iktibar bagi diamalkan berterusan kerana seperti yang kita sama sama tahu cabaran cabaran dimasa masa akan datang sudah akan bertukar menjadi ancaman yang kena kita hadapi.

Maka bersedua bersetialah kita tanpa sebarang gores calar tersemat simpan dalam dadarasa atau otakingat. Inshaallah.

Ahad, 6 September 2009

Pesan Ayah Pesaka Bonda.

Assalamualaikum
Hey anak-anak Melayu
Ingat-ingat akan asal usul mu
Baka yang baik keturunan yang mulia
Ingatlah akan janji yang asal sumpah yang mula
Lahir ke sini sebagai khalifah
Hadhir di sini dengan tugas yang tegas
Jangan dok lalai jangan dok alpa
Siapa nak buat melainkan kita

Hey anak-anak Melayu
Baka yang baik keturunan yang mulia
Khalifah Allah di muka bumi
Kuasa politik di tangan kita
Kuasa ekonomi hak kita nak cari jaga
Kuasa sebar kata di tangan orang
Jangan dok hanyut lalai alpa
Jangan digadai sebuah Negara
Jangan terlepas pegangan kuasa
Hak kita
Hak yang asal
Hak yang mula
Tinggalan ayah pesaka bonda
Siapa nak jaga kalau bukan kita

Hey anak-anak Melayu
Baka ayah zuriat bonda
Jangan dok lena di selimut gebar
Jangan dok hanyut diulit khabar
Bangkitlah bangun mengatur tapak
Buka langkah mengatur tari memecah pencak
Gelanggang alaf bukan kepalang
Gelanggang alaf gelanggang sejagat

Hey anak-anak Melayu
Baka ayah zuriat bonda
Sumpah janji jangan percuma dok ucap
Ikrar bertabik jangan saja saja dok angkat
Ingat ingat amanah ninda moyang purba
Terikat bebat di ubun junjung
Semat kejat di otak ingat
Pengiring berkat menebat nekad
Sundang keramat tinggalan ayah tegap bersakai
Keris picit pesaka bonda gah mengiring

Anak Melayu baka yang wira
Sumpah dan janji jangan main mengacu cuba
Ikrar bertabik jangan percuma dok angkat tayang
Petapa purba jangan dok gerak bangkit jaga
Takut percuma diri perkasa jiwa wira tidak berlangir
Takut terlangkah hajat ibu wasiat ninda patangan moyang
Takut lupa pesan ayah bijak berpandai di gelanggang
Takut lupa pesaka bonda mengulit bahasa berbudi di laman

Anak Melayu baka yang mulia
Hajat yang satu janji yang asal
Rukun yang lima menjadi pegangan
Rukun yang enak senang mengaman
Dua puluh sifat tegap menjulang
Asal janji tetap dikota
Asal sumpah tetap di jaga
Asal kuasa masih milik kita
Asal daulat masih memegah takhta

Maka wahai Melayu anak baka
Dari keturunan baik mulia
Jangan dok tanya salah siapa
Jangan dok tanya silap siapa
Rumah yang ada jangan dibugar
Istana yang ada jangan dibakar
Takhta yang ada jangan diroboh
Takut merana anak cucu kita
Takut kita yang menanggong dosa

Maka wahai Melayu anak baka
Dari keturunan baik mulia
Marilah kita mendabik dada
Bertanya pada selera
Tanyalah kita pada hakikat sendiri
Aku yang ada bagaimana asalnya
Hadhir di sini bagaimana usulnya
Hak yang ada dari mana puncanya
Ilmu yang ada siapa yang punya
Akhirnya kita akan jatuh kemana.