Memaparkan catatan dengan label Fatwa Melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fatwa Melayu. Papar semua catatan

Khamis, 13 Oktober 2011

Isnin, 8 Mac 2010

Kekuatan Bangsa Melayu (Siri Lanjutan)

Kekuatan Bangsa Melayu   (Siri Lanjutan) =

Ada sahabat bolger bertanya tentang: 
http://penaminang.blogspot.com/2010/03/dimana-terletaknya-kekuatan-melayu.html

Jawapan Hamba Spontan dan mudah: 
KETULINAN IMAN.

Itu baru istilah hamba sendiri. Kalau diambil dari kata kata guru hamba Allahyarham Ustaz Abdullah bin Mohamed (Nakhula) bekas Pengerusi Lembaga Penasihat Musium Negeri Kelantan katanya ialah Tauhid. Hamba memilih untuk tidak menggunakan istilah itu kerana Nakhula menggunakan istilah itu dengan huraian yang terlalu mendalam yang hamba tidak yakin dapat menyampaikannya dengan tidak membuka kemungkinan yang boleh mengelirukan.

Walau bagaimana pun perbincangan kita seterusnya akan berkisar sekitar maklumat sejarah dan juga ceritera. Mengikut Nakhula orang Melayu secara umum dan institusi pemerintahannya tidak pernah tergelincir dari Islam. Maksudnya ialah dari pegangan tauhid. Ini adalah kerana orang Melayu itu adalah petapa yang gigih dan sentiasa dekat dengan hidayah Allah swt.
Mengikut catatan dalam buku catatan perjalanan Ibnu Batutah.
Ibnu Batutah pernah mudik sungai Kelantan dan Mendarat disatu tempat bernama Klu Klai dimana rajanya ialah seorang perempuan yang memakai kain sampai kepangkal lengan dan bawahnya sampai ke pergelangan kaki. Bahunya terdedah. Sangat sangat menghirmati tetamu. Ibnu Batutah telah dibenarkan mengadap dan sempat bertanyakan tentang ugamanya. Raja perempuan yang dipercayai sebagai Puteri Saadon I itu meminta kertas dan dakwat dari inangnya dan menulis jawabnya. Mengikut kefahaman Ibnu Batutah tulisan itu bermaksud "Satu jadi banyak. Banyak kembali satu" Mengikut kefahaman Ibnu Batutah raja itu dan rakyatnya berpegang dengan ajaran Keesaan Tuhan.
Hikayat Mahraja Besar:
Mahraja Besar ialah Raja Pemerintah Negara Jamek Ambar. Kerajaannya memerintah dari mungkin sekitar bukit Panau iaitu sekiar Tok Uban kini. Baginda mempunyai 3 orang anak:

1. Nama asalnya mungkin Rangjuna. Dalam alam pertapaannya bergelar Sang Rajuna Tapa dan kekadang Sang Adi Putera. Namanya bertukar mengikut peranan dan tempat ia hadhir. Bila menjelma ke alam nyata beliau memakai berbagai nama termasuk Panca Suria Si Tamin Sari.

2. Seorang perempuan yang tidak diketahui namanya. Kemungkinan beliau dikenali sebagai Puteri Saadon Pertama.

3.Sangjaya atau Raja Ahmad kemudian bergelar Syed Ahmad. Kini dipercayai masih berkerajaan dalam alam ghaib di Gunung Tebu (kini dalam kawasan Terengganu).

Apabila sudah cukup lanjut usianya Mahraja Besar telah memanggil ketiga tiga anaknya untuk menyerahkan kerajaan kerana beliau berkeinginan hidup dengan mendekatkan dirinya dengan Allah swt. Rangjuna menolak kerana masih berhasrat untuk meneruskan suluknya yang sudah menghampiri kematangan tetapi terganggu kerana pulang menemui panggilan ayahanda itu. Adik kepadanya adalah seorang perempuan. Maka adik bongsunya Raja Ahmad telah digesa supaya menerima t/jawab itu dengan janji kalau negeri dilanda bencana atau dicemari noda dan dosa beliau akan kembali untuk menghapuskannya. Maka Raja Ahmad pun menerimanya.

Berpindahlah Mahraja Besar ke satu kawasan berbatas dan pamah yang sesuai dijadikan kawasan bendang bergelar batas besar bendang padi raja bersama sebilangan pengikutnya. Sebuah istana dibina untuk kediaman permaisurinya bersama satu perkampungan. Kini tempatnya bergelar Padang Permaisuri.

Mahraja Besar asik berulang alik ke Gunung Tebu dimana beliau menumpukan suluknya untuk mendekatkan diri dengan Allah sehingga beliau dianugerahkan berbagai hidayah dan keistimewaan. Akhirnya beliau berjaya dicelahi dan dihasut goda oleh ajazil dan menjadi sesat sehingga memerintahkan rakyat jelata sembah sujud kepadanya, tidak lagi kepada Allah, Tuhan yang tidak zahir.

Perkhabaran tiba kepada Raja Ahmad dan setelah berbagai usaha pujuk rayu tidak membuahkan hasil Raja Ahmad telah mengistiharkan perang dengan Ayahandanya. Dengan bantuan dari kekandanya dan Sayid Hamzah dan Sayid Umar Al Khatib Mahraja yang syurik itu telah berjaya dihapuskan.

Inilah kekuatan Bangsa Melayu. Ketulinan tauhidnya sentiasa terjaga. Dan ada kuasa dari lapis lain lagi yang ikut bersama menjaga ketulinan itu. Cuma kehadhiran makhluk Allah itu kini kita napikan kerana kita ini mampu percaya kepada apa yang dapat kita lihat dengan mata lendir sahaja.
Ekspresi Budaya: Wayang Kulit, Mak Yong, Peteri, Tarian Saba dan Dikir Sarawak yang sempat hamba pelajari serba sedikit rahsia didalamnya semuanya mempunyai unsur yang tersirat menjurus kepada mengenali Allah. Malahan hamba sendiri puas juga mebaca berbagai naskah kitab mengenai sifat 20 maka fahamlah setakat menghafal dan mengerti. Namun apabila kefahaman dibantu oleh kefahaman yang tersirat melalui rahsia rahsia terjalin dalam amalan kesenian Melayu baharulah dapat hamba merasakan kehadhiran Zatul Buhti itu. Mashaalah.

Maaflah jangan ambil pengajaran dari sini. Carilah guru yang sebenar tahu. Memang sukar mencari guru yang tahu kerana kita telah diajarkan untuk menapikannya sejak lama dahulu. Kita yang gagal memahami rahsianya telah menghukum ia sebagai syirik. Betapa ruginya kita membuang rahsia kebijaksanaan zaman kuno itu. Mashaallah.

Pertabalan Sultan Di Perak:
Hamba menyaksikan sendiri pertabalan Sultan Azlan Shah Paduka Seri Sultan yang memerintah seluruh negeri Perak. Selepas ditabalkan secara resminya mengikut istiadatnya di Balai Rong Sri Paduka Seri Sultan dibawa sebuah balai lain yang masih dilereng Bukit Chandan itu tetapi terletak dekat dengan tebing sungai Perak. Balai itu digelar sebagai Balai Jin. Di Balai itu Paduka Seri Sultan diTabalkan sekali lagi mengikut istiadat tersendiri. Kali ini Paduka Seri Sultan di Tabalkan sekali gus menjadi Raja pemerintah juga kepada masyarakat Jin.

Pada ketika itu ada pertanda menunjukkan masyarakat Jin ikut menerima perlantikan itu dengan cara ikut memandikan Paduka Seri Sultan dengan air dikatakan dari Sungai Perak yang turun dalam bentuk hujan dalam keadaan panas terik tanpa tompok awan itu. Hamba pun ikut merasai terkena titisan hujan itu.

Maka Hamba pun tetaplah akan bertegas mengatakan Raja Raja Melayu yang dinaungkan kebawah duli kebawah duli itu hal ehwal Ugama Islam dan adat istiadat Melayu adalah Raja juga bagi masyarakat Jin. Sesuai dengan Rasullalah saw dilantik menjadi Nabi dan Rasul bagi Jin dan Manusia. Wallahuaaklam.

Cuma kita hari ini jarang yang mengiktira kehadhiran serta peranan mereka dikalangan kita. Padahal mereka juga ada yang kafir dan ada juga yang berhasil di Islamkan. Mashaallah.

MAKA BAGI HAMBA KAJIAN MENDALAM DENGAN KEFAJAMAN YANG JELAS MENGENAI KEDUDUKAN RAHSIA INI AKAN MENEMUKAN KITA SEMUA DENGAN KEKUATAN BANGSA MELAYU. Inshaallah.
Wallahuaaklam

Jumaat, 5 Februari 2010

Special posting for new couples.

LOVE is like raw meat. It needs to be cooked with properly balanced gravies; or it awaites to turn SOUR. Gravies needed to flavor meet of love are: understand and accept; allow, share and receive; appreciate and support; rally and equip all balanced and timely entered and cooked with sufficient temperature and cooled without sweating cover.

Ahad, 20 Disember 2009

Mengawal Umarah Nafsu Insan.

Seorang sahabat menulis mengenai masadepan seorang pemimpin yang padanya sudah punya masa depan yang tipis sekali didalam kepimpinan. Ini adalah kerana pada pendapatnya pemimpin itu telah meningkat naik dengan begitu laju dengan bersandarkan kepada kekuatan yang bukan dari dirinya sendiri. Oleh kerana sandarannya itu kini sudah tidak lagi berada dalam susun lapis pimpinan maka kekuatannya yang menumpang itu pun ikutlah tertolak. 

Hamba faham benar dengan apa yang cuba disampaikan itu dan hamba pun bersependapat dengan sahabat itu. Namun yang menarik bagi hamba ialah sebuah cerita hikayat mengenai Wau Bulan yang mungkin boleh diambil sebagai pengajaran juga dalam hal yang ada hubungan dengan cerita yang dibawakan oleh sahabat kita itu. Sengaja hamba tidak catatkan siapa yang bercerita itu dan dilaman mana dia membuat catatannya atas sebab sebab yang tersendiri bagi hamba. Maaflah. 

Cerita hikayat yang hamba maksudkan ialah seperti dipertirinkan di bawah ini:


"Wau beremas bersayap sandang; 
tinggi 7 gah besar 7 lejang; 
baru dilambung sudah melompat awan; 
mengarak teraju meregang tali;  
nyaring siul membabas busul; 
lenggok menyentak lenggang meregang;
iring juara karak tak lekat; 
manalah tempat nak ikat tambat; 
maka diikat pada batu, batu pecah; 
diikat juga pada pokok, pokok tercabut; 
diikat juga pada bukit, bukit runtuh, 
diikat pada gunung, gunung pun rebis.
Maka akan juara matang bicara; 
diikat juga pada rumput gelang sambal. 
.......  .....    
........   
Maka akan Wau Bermas bersayap sandang 
tunduk runduk dibawah paras awan 
lembut tari limbai langkahnya 
mencari ayah bertanyakan guru.  ....    .....    ....."

Demikianlah cara orang dahulu kala menyampaikan pengajaran. Jauh sindirannya tetapi berlapis dan mendalam maksudnya. Wau yang hebat dengan hiasan keemasan (lambang nafsu) kalau sudah dilambung menocang bermain angin menyentak terajunya dan meregangkan talinya meluncur naik sampai keparas angin atas (baru dilambung sudah melompat awan). 

Keterlaluanlah angkuhnya (nyaring siul membabas busur) dengan gaya yang keterlaluan (lenggok menyentak lenggang meregang). Sehingga pengemudinya pun menjadi nanar (iring juara karak tak lekat). Maka kemanalah akan di ikat (maka diikat pada batu, batu pecah; diikat juga pada pokok, pokok tercabut; diikat juga pada bukit, bukit runtuh, diikat pada gunung, gunung pun rebis). 

Maka tiadalah tambatan lain lagi yang mampu menjinakkan keghairahan itu melainkan pada diri yang menggunakan pertimbangan akal yang seimbang jalar dengan budi bahasa yang halus serta kemas cermatnya. Baharulah turun keghairahan nafsu itu keparas wajar (mencari ayah bertanyakan guru) Maksud ini digambarkan dengan rupa rumput gelang sambal yang jarang pelepah dan daunnya tetapi lebih lebat akarnya dengan serabut akar rambut yang halus tetapi penoh serabutnya. Baharulah


Apalagi kalau diperhatikan betul betul bentuk akar rumput gelang sambal ini; keliling umbinya penoh dengan akar kasar (akar tunjang belaka) tetapi serabutnya penoh seperti kapas. Inilah juga sebabnya ia selalu digunakan oleh orang Melayu untuk merenjiskan tepong tawar atau air penawar dalam proses perubatan terutamanay kejiwaan.

Wallahhuaalam.

Rabu, 16 Disember 2009

Alam Kecil dan Alam Besar.

Orang Melayu dahulu memahami bahawa alam itu terdiri dari alam besar (alam nyata yang dikaji sains itu) dan alam kecil (sekujur tubuh seorang insan). Setiap yang ada dalam alam kecil ini adalah perulangan dari alam yang besar itu.

Kalau pernah hamba catat mengenai tautan dalam komen hamba dilaman sahabat sahabat tentang haba, tenaga dan cahaya rasanya adalah dimaksudkan kepada alam kecil. Dimana cahaya itu pun tidak kelihatan pada mata kasar. Apalagi haba dan tenaga. Namun ia boleh dirasakan. Inilah rahsia didalam Ilmullah. Sains fisik mungkin dapat merakam dan menyukatnya dengan kebijaksanaan dari hidayahNya.

Memahami proses jadinya juga adalah lebih rumit seperti anda cuba memahami laluan tenaga dan cahaya melalui vakum sehingga boleh sampai ke bumi; malah sampai mampu mendayakan segala kehidupan serta bersembunyi dalam bukan kehidupan juga di bumi ini.

Nah itu dia. Cetusan kecil ini menuntut terlalu banyak rahsia nak kena dicari oleh ahli ahli sains yang barangkali kena gabungkan fisik, kimia dan baologi dengan cabang cabang tersendiri dicelah celahnya. Barangkali ada persoalan telah berjawab; namun belumlah lengkap. Malahannya pada hamba ia tidak akan lengkap sampai bila bila. Itulah rahsianya hebat dan kayanya kejadian Allah.

Bagi anak anak yang masih belajar terutama dalam bidang bidang sains selesaikan pengajian anda kini dengan secemerlang mungkin. Kemudian teruskan kajian dan pencarian rahsia seperti terkandung dalam kecenderungan untuk meneroka tanya itu. Cubalah teroka dan cari penemuan tersendiri.

Jadikan dunia Islam dan dunia sebelah sini sebagai lubuk penemuan penemuan baru. Banyak petunjuk terkandung didalam Quraan, usul sufi dan akar umbi bangsa mu. Inshaallah akan diturunkan seorang Mahadi di bumi ini.

Maafkan hamba kalau dalam percubaan untuk tumpang bercakap dalam bahasa sains ini hamba kelihatan aneh dan mengelirukan. Namun demikianlah harapan hamba kepada anak anak muda bangsa hamba.

Amin yra.

Sabtu, 5 Disember 2009

Cubit Ikan dalam Piring.

Wahai anak anak. Ingat ingatlah pesan atok ini. Bila dijemput untuk menghadapi hidangan bersama sama dengan bakal mertua mu hati hatilah dengan hidangan lauk yang kena dicubit seperti ikan atau daging dan ayam dalam ketulan yang besar. Ada banyak ekor ikan atau ketolan ayam/daging dalam piring. Cubitlah dengan cermat. 

Berilah peranan yang tersendiri dan khusus kepada jari jari berbeza. Cubit dengan cermat dan hati. Jangan sampai yang dicubit itu terburai atau apa lagi melenting. 

Tindakan itu diperhatikan kerana ia menggambarkan peribadi mu. Jangan sampai memberi gambaran bahawa kamu adalah jenis orang yang gelojoh. Turuti cubitan sedia ada. Jangan lari dari bekasan sedia ada kerana itu boleh difahamkan sebagai kamu adalah jenis orang yang tak suka ikut arus dan suka bawa hal sendiri cara sendiri sendiri atau tak sosial. Ikut jelujur cubitan yang sudah dimulakan. 

Kalau pun teringin sangat untuk merasa ketulan yang lain kerana selera khusus tertentu; jangan spontan sahaja cubit ketulan yang lain. Suarakan dahulu dengan rayuan yang lembut dan memohon. Namun yang terbaiknya habiskan satu satu. 

Inilah murninya tertib nilai Melayu zaman dahulu dan mungkin juga sudah dilupakan kini.

Sabtu, 21 November 2009

FATWA ORANG MELAYU

JOM KITA MULAKAN SATU JALUR UNTUK MEMUATKAN HIMPUNAN FATWA FATWA ORANG MELAYU. Hamba memulakan siapa sahaja yang ada menyimpan atau tahu atau ingat sebarang fatwa silakan kita himpun dalam satu laman untuk dikongsi ramai. Selepas ini bila kawan kawan ziarah ke sini sila klikkan Fatwa Melayu boleh baca atau tambah. Kita buat sama sama dan tambah sama kemudian. Hamba cuma memulakan, seterusnya terpulang kepada sambutan kawan kawan:

Cara menyendok nasi dari dalam periok:
Tertibnya ialah mencedok dari tepi dan terus dituruti dari cedokan yang pertama itu. Orang yang suka mencedok dari tengah dikatakan sebagai orang yang penting diri. Kalau dia diberi amanah untuk membuat pembahagian dia akan mengambil yang terbaik untuk dirinya sendiri dahulu. Dia tidak berapa kesah sangat kepada kepentingan atau keperluan orang lain. Diberi pilihannya orang tidak akan suka ambil anak dara itu untuk dijadikan menantu. Kalau mencari menantu dicari anak dara yang apabila mencedok nasi dari dalam periok kemas dan tidak berterabur atau tidak terburai. Nasi yang ditinggalkan dalam periok tetap kemas dalam kedudukannya yang asal. Itulah orang yang cermat dan halus teliti kerjanya. Kepingan atau ketulan nasi dileraikan dengan cermat dalam pinggan atau mangkuk. Membiarkan ketulan nasi berketul ketul dalam pinggan atau mangkuk menjadi hidangan menunjukkan sifat pemalas dan suka ambil mudah terhadap apa apa kerja yang dia buat. Maka wahai anak anak dara yang pingitan; hati hatilah kalau bertandan kerumah bakal atau potensi ibu mertua. Macam macam diperhatikan.

KUEH SEMA digunakan untuk menguji anak dara atau teruna:
Bila bertandan kerumah bakal atau potensi mertua hati hati dengan sejenis kueh yang dinamakan kueh sema. Rupanya seperti putumayam tetapi dibuat dari tepong campur gula. Untuk mempastikan gula berurat itu tidak jadi melekik ia digaul dengan tepung beras yang digaringkan supaya cukup kering. Makan hendaklah cermat dan hati hati kerana nanti bukan sekadar kelihatan berterabur malah pemakan yang terburu buru akan terbelahak. Malahan boleh tercekik. Berterabur itu menunjukkan sifat yang terburu buru dan tidak cermat. Tetapi kalau sampai terbatuk batuk atau terbelahak itu menunjukkan pemakannya adalah jenis orang yang jelojoh. Hati hati kalau dihadapan orang orang tua.

MENGGORENG KUEH KODOK adalah satu kesukaan ibu ibu mertua zaman dahulu untuk menguji manantu baharu.  
Ramuan kueh kodok disediakan siap siap dan tugas menggoreng diserahkan kepada menantu baharunya. Ramuan itu sengaja dilikatkan sedikit supaya ia menjadi cukup melekik. Cara memasukkan ramuan kedalam kuali minyak panas tak boleh pakai senduk, sodek atau sudu. Kena pakai jejari tangan. Maka kelembutan tangan dengan bacaan otak memahami proses jatuhan tepong ramuan dari gerakan lembut teran urutan jari jari hendaklah selaras dan cukup cermat. Kalau tidak pasti kena percikan minyak panas itu. Naya je. Tetapi janganlah bimbang sangat. Mertua yang suka memasang perangkap begitu tentulah dah sedia tahu penawar obatnya. Cuma kena nangis dululah kesakitan kena minyak panas itu. Macam mana mencabar kah atai tidak menjadi menantu kepada mertua melayu tulin.

Cukuplah dahulu nanti kita sama sama tambah kemudian. OK ?