Rabu, 16 Disember 2009

Alam Kecil dan Alam Besar.

Orang Melayu dahulu memahami bahawa alam itu terdiri dari alam besar (alam nyata yang dikaji sains itu) dan alam kecil (sekujur tubuh seorang insan). Setiap yang ada dalam alam kecil ini adalah perulangan dari alam yang besar itu.

Kalau pernah hamba catat mengenai tautan dalam komen hamba dilaman sahabat sahabat tentang haba, tenaga dan cahaya rasanya adalah dimaksudkan kepada alam kecil. Dimana cahaya itu pun tidak kelihatan pada mata kasar. Apalagi haba dan tenaga. Namun ia boleh dirasakan. Inilah rahsia didalam Ilmullah. Sains fisik mungkin dapat merakam dan menyukatnya dengan kebijaksanaan dari hidayahNya.

Memahami proses jadinya juga adalah lebih rumit seperti anda cuba memahami laluan tenaga dan cahaya melalui vakum sehingga boleh sampai ke bumi; malah sampai mampu mendayakan segala kehidupan serta bersembunyi dalam bukan kehidupan juga di bumi ini.

Nah itu dia. Cetusan kecil ini menuntut terlalu banyak rahsia nak kena dicari oleh ahli ahli sains yang barangkali kena gabungkan fisik, kimia dan baologi dengan cabang cabang tersendiri dicelah celahnya. Barangkali ada persoalan telah berjawab; namun belumlah lengkap. Malahannya pada hamba ia tidak akan lengkap sampai bila bila. Itulah rahsianya hebat dan kayanya kejadian Allah.

Bagi anak anak yang masih belajar terutama dalam bidang bidang sains selesaikan pengajian anda kini dengan secemerlang mungkin. Kemudian teruskan kajian dan pencarian rahsia seperti terkandung dalam kecenderungan untuk meneroka tanya itu. Cubalah teroka dan cari penemuan tersendiri.

Jadikan dunia Islam dan dunia sebelah sini sebagai lubuk penemuan penemuan baru. Banyak petunjuk terkandung didalam Quraan, usul sufi dan akar umbi bangsa mu. Inshaallah akan diturunkan seorang Mahadi di bumi ini.

Maafkan hamba kalau dalam percubaan untuk tumpang bercakap dalam bahasa sains ini hamba kelihatan aneh dan mengelirukan. Namun demikianlah harapan hamba kepada anak anak muda bangsa hamba.

Amin yra.

3 ulasan:

.::annemishi::. berkata...

hurm... saya suka baca blog yg batin itam ini lagi berbanding yg dua. sebab. konteks di dalamnya jauh lebih kepada ilmu general.

saya suka bila baca pendapat dari seorang yang banyak pengalamannya serta jauh pemikirannya.

:)

C L J berkata...

Demikian wajah2 CLJ. annnenishi berhak kepada pilihan sendiri. Hamba tak pakai tulang besi urat dawai. Hamba pakai tulang plastik urat getah. Dihujung jalan kelak besi,dawai, plastik dan getah semua pun sama sahaja. Akan dihitung. Tetapi markahnya berbeza berdasar kepada niat dan hajat serta pekat tekad di lapangan layak dan bijak. Maaf dah jadi sajak juga nih.

日月神教-任我行 berkata...

無碼 a片 A漫 h漫 麗的色遊戲 AV女優 SEX 聊天室 成人 做愛 情色文學 情色 成人影片 成人文章 性愛 情色網 免費影片 免費a片 偷拍 SEX AV a片免費看 一葉情貼圖片區 色情漫畫 a片 AV女優 成人 做愛 色情網站 情色 視訊聊天室 免費視訊聊天 免費a片 女優 免費影片 偷拍 美女 自拍 成人聊天室 AV 一葉情貼圖片區 a片 A漫 h漫 麗的色遊戲 AV女優 85cc免費影片 ut聊天室 聊天室 成人 做愛 18成人 A片下載 成人漫畫 性愛 亂倫 免費影片 免費a片 偷拍 走光