Rabu, 21 Oktober 2009

Pengalaman




Tadi hamba ke sebuah pasaraya yang tidak jauh dari rumah untuk memembeli bekalan bulanan. Tiba tiba disapa oleh seorang gadis comel yang memanggil hamba sebagai atok. Memanglah ibunya pernah hamba layan seperti melayan anak anak sendiri.

Itu memang kebiasaan hamba dengan anak anak muda tak kira lelaki atau perempuan. Sampai sekarang pun masaih begitu. Jadi hamba mempunyai ratusan anak selain anak anak sendiri yang cuma empat orang sahaja. Tidak hairanlah hamba kalau ada anak muda yang hamba tidak kenal menyapa dengan panggilan atok begitu.

Malahan hamba pernah melalui dua pengalaman didatangi oleh gadis comel dengan membahasakan hamba sebagai Ayah Long. Usul punya usul rupanya gadis manis itu adalah anak kepada adik kandung sendiri. Demikianlah kehidupan hamba. Anak saudara sendiri pun boleh hilang gambaran rupanya dalam album ingatan.

Pernah juga hamba melalui beberapa pengalaman bertemu dengan anak muda yang memegang jawatan penting tiba tiba menyapa hamba dengan panggilan abang. Rupanya sejak zaman kanak kanaknya dia diajarkan supaya memanggil hamba ini sebagai abang dan hamba pun melayannya sebagai adik kerana ibu hamba juga melayan dia sebagai anak. Mujurlah hamba disapa. Kalau tidak hamba dah tak kenal dah.

Cerita cerita begini barangkali tidak mempunyai apa apa erti bagi ramai orang. Tetapi hamba cuba membandingkan dengan pengalaman pengalaman hamba itu dengan seseorang pemimpin yang mempunyai ramai anak buah. Betapa mudahnya ia lupa dan tidak kenal dengan anak anak buahnya apa lagi kalau budi kalau ada yang ditaburnya tidak diharapkan balasan.

Maka berpesananlah hamba kepada orang ramai; janganlah hendaknya berkecil hati kalau seorang pemimpin tak perasan akan anda. Cuba cubalah cari peluang untuk berkomunikasi dengan dia. Kerana sesungguhnya lagi bertanggong jawab seseorang pemimpin itu lagi sibuklah ia. Maka lagi banyaklah perkara bersusun lapis dalam ingatannya. Mudahlah dia mengalami finomina bergalang ingatan (information overload). Ini adalah sesuatu yang hamba pelajari dari pengalaman.

Habis urusan di pasaraya hamba pun terus singgah kerumah gadis comel yang memanggil hamba sebagai atok itu tadi untuk melihat adik lelakinya yang baharu sahaja kemalangan dengan motorsikalnya. Termasuk kemalangan kali terakhir ini sudah tiga kali anak muda itu mengalami kemalangan dengan motorsikalnya. Mujorlah tidak teruk. Pesan hamba kepadanya ialah; belajarlah dari pengalaman. Jangan sampai berulang ulang kesalahan atau kesilapan yang sama menimpa kita.

Tentang belajar dari pengalaman ini hamba ada maklumat menarik nak kongsi dengan kawan kawan. Tokoh berlainan dari tiga tamaddun terbesar dunia pernah membuat pernyataan yang serupa. Iaitu yang pertama ialah Abraham Lincoln presiden Amerika yang ke 6. Kedua ialah Confucious dari tamaddun Cina dan ketiga ialah Pak Hamka dari tamaddun Melayu. Perkara yang dinyatakan oleh ke tiga tiga tokoh itu ialah:
 

ORANG YANG BIJAK BELAJAR DARI PENGALAMANNYA.
ORANG YANG LEBIH BIJAK BELAJAR DARI PENGALAMAN ORANG LAIN.



 Maka bijaklah kalau kita mengkaji bagaimana musibah menimpa orang lain dan apa akibatnya untuk kita bersedia dan mencari jalan menyalamatkan diri kita dari mengalami musibah yang serupa. Janganlah sampai kita mengalami apa yang dialami oleh orang Palestin, Iraq, Timor Leste dan sebagainya. Kita belajarlah dimana silapnya apa salahnya.


 




Tiada ulasan: