Selasa, 27 Oktober 2009

Konseling dan Kerjaya

Beberapa hari yang lalu hamba berpeluang duduk duduk untuk berkenalan dengan sekumpulan pelajar yang akan melangkah ke tangga institusi pengajian tinggi. Jurang usia antara hamba dengan mereka berlipat kali jauhnya, tetapi mujurlah kami berjaya menutup jurang yang jauh itu. Mungkin juga kita sama sama ikhlas mahu mencari manfaat pengajaran dari pengalaman dan perasaan masing masing antara kita semua.

Dalam masa yang sama beberapa orang sahabat hamba berpeluang duduk duduk untuk berkongsi pengalaman dengan beberapa guru konseling dan kerjaya dari beberapa buah sekolah. Guru guru itu menyatakan rasa terkilan mereka apabila murid muridnya sekali sekali dikumpul untuk ditaklimatkan gambaran mengenai situasi negara kini. Politik, katanya.

Hamba pun bertanyalah kepada sahabat sahabat hamba itu bagaimana mereka membantu menghuraikan kebuntuan guru guru konseling dan kerjaya itu. Jawapan sahabat sahabat hamba itu teramat menakjubkan hamba. Kerana mengikut mereka guru guru itu tidak berminat pun untuk mendengar. Mereka cuma berminat untuk menyatakan keluhan mereka sahaja.

Mengikut kata kawan kawan yang belajar ilmu konseling perinsip asas seseorang konseler ialah menjadi pendengar yang baik. Rupanya ada juga guru yang bertugas sebagai konseler lebih pandai bercerita dari mendengar dan meneroka. Dan dalam masa yang sama mengunci alat meraba hati dalam minda terkurung. Padahalnya sahabat hamba berdua itu adalah antara orang yang sesuai kalau ada yang mencari bantuan bagi mengesahkan atau mempersoalkan pendapatnya mengenai apa yang mereka katakan sebagai politik itu.

Apabila atas sebab sebab tertentu ada murud murid dikumpul untuk diberi taklimat mengenai situasi terkini negara dikatakan sebagai menyampaikan saranan politik oleh guru guru tersebut di atas dan mungkin ramai lagi. Hamba pun bertanyalah pada kawan kawan yang selalu terlibat dengan acara acara sedemikian. Kata mereka yang disampaikan ialah secara akademik mengenai sejarah dan negara yang terdiri dari tanah air, manusianya, kerajaan dan kedaulatan. Selain itu ialah dorongan keperluan untuk memudahkan yang terlibat memburu cita cita hidupnya bagi memudahkan pencapaiannya.

Mengapa pula ada yang mengatakan yang disampaikan itu sebagai politik. Memang benar itu adalah ilmu sains politik tetapi bukan politik kepartian. Yang tidak suka pengetahuan politik itu disebarluaskan ialah kalangan ahli politik pembangkang.  Barulah hamba faham rupa rupanya apabila masyarakat faham mengenai apa itu politik maka menjadi payahlah untuk mereka dihanyutkan dengan mainan isu isu. Ikut disampaikan juga ialah kaedah menapis maklumat. Maka menjadi payahlah untuk masyarakat ditipu dengan cerita cerita yang diolah dan diselewengkan; apa lagi dengan fitnah fitnah nyata.

Apahal pula dengan sesetengah kalangan guru dan kakitangan kerajaan yang menentang program begitu. Itulah gambaran hati mereka. Kerana kerajaan ini terlalu terbuka dan memberi kebebasan berpendapat dan berkata, begitulah jadinya. Pelaksana dasarnya sendiri juga menentang apa yang dilaksanakan. Jadi mereka menjadi pelaksana apa yang mereka kata salah. Melaksanakan demi gaji. Putihkah atau hitamkan gaji itu. Wallahuaalam.

Hamba pun seterusnya mengenang kembali bualan hamba dengan murud murid yang sudah hampir melangkah kaki ke tangga institusi pengajian tinggi itu tadi. Memang murid murid itu sudah banyak keliru dengan berbagai akalan dan cerita cerita orang politik. Memang patutlah mereka diberi kefahaman asas mengenai apa itu politik sebagai sains pentanbiran dan pengurusan negara.  Hamba nak tegorlah sikit guru guru konseling yang kata kerja itu salah tadi. Apa yang anda buat dalam hal kalut akalan2 mengelirukan itu. Takkanlah anda juga penyumbang kepada akalan mengelirukan itu.

Satu lagi pengalaman menarik mengenai anak anak itu ialah rupanya mereka masih kabur mengenai cita cita mereka. Ada yang sedang belajar dalam aliran sains berhasrat untuk menjadi peguam dan sebaliknya yang sedang dalam aliran sastra berhasrat untuk menjadi doktor atau jurutera. Ada yang sudah masuk dalam persediaan untuk terus keprogram ijazah, masih lagi bercita cita untuk menyandang jawatan yang memerlukan kelulusan diploma sahaja. Sebagai contoh murid pandai/cerdik yang sudah masuk program untuk terus ke pengajian ijazah dalam aliran aliran sains yang sepatutnya boleh membawa kepada ijazah doktor perubatan masih lagi berpegang dengan hasrat untuk menjadi jururawat selepas tamat pengajian.

Persoalannya ialah pencapaian dan kesan daripada kerja yang dirancang dan dibuat oleh guru guru konseling dan kerjaya yang pandai menyalahkan kerja pihak lain itu tadi. Murid murid yang hamba temui ini ialah murid murid dibawah jagaan guru guru konseling yang kebetulan bertembong dengan sahabat sahabat hamba di atas. Maka maaflah, hamba tidak mempersoalkan guru guru konseling dan kerjaya secara terbuka. Hamba sedang merujuk kepada penglibatan yang khusus.

Wallahuaalam. 

Tiada ulasan: