Selasa, 9 Oktober 2012

TRAJIDI SI AYAM LAGA.


Aduhai nasib siayam laga. Hidupnya terkurung di bawah serkup buluh berjalin silang. Makan minumnya berjaga tiada terkurang. Dimandi, dibasuh, diurut dan dilegakan mengikut tempoh dijadualkan. Selesa hidup dan lumayan segalanya. 

Latihan laga juga ikut dijadualkan. Maka selalulah  dicarikan lawan yang layak mudah ditewaskan. Diacu cuba diadu laga supaya jadi licin lancar gerak silat dan ketangkasan. Bila ada lawan tersohor diwar warkan orang. Akan terjadilah ajak cabar mengundang lawan. 

Hari pertarungan ditetap dijadualkan. Bong gelanggang menjadi tumpuan. Berkerumunlah orang berdatangan. Seluruh desa rioh berpestaan. Wang emas dan perak menjadi pertaruhan. Mencari untung dan keseronokan. 

Siayam laga sudah dimandi, dibasuh dan diurutkan. Teras keluak dan lain lain ramuan diasahkan membasahi seluruh anggota dan badan. Siaplah siayam laga untuk pertarungan menghadapi lawan. Ditaji luka ditikam dalam mrngalir darah tidak tertahan.  Namun sakitnya tidak juga menyedarkan. Kerana mabuk hanyut dikipas alak dipuja sorakkan.

Matilah siayam laga dalam gelanggang. Namun yang untung ialah para juara yang melaburkan wang dalam pertaruhan. 

Maka demikiankah juga kita yang sedang mabuk dalam berebutan ??

Tiada ulasan: