Rabu, 3 Oktober 2012

Ikhlas mencari benar.

Rasulullah saw sudah lama meninggalkan kita namun syariaat beliau selain Al Quran masih teguh menjadi panduan hidup kita. Malahannya sebelum wafatnya Rasulullah saw, Allah swt telah memperakui bahawa agama yang diturunkan melalui Nabi Muhammad saw ini sempurnalah sudah. 

 

Kena yakinlah kita bahawa panduan hidup untuk kita ikuti itu adalah sudah sempurna. Maka kalau kita ini ikhlas dengan diri kita dan tidak rela untuk menzalimi diri sendiri kenalah kita pun menapis segala yang kita tahu dalam hidup ini. 
Kalau dalam banyak banyak tahu kita itu ada yang kita yakin sebagai tidak kena dan menyalahi dari segi ajarannya; wajiblah kita kena sampaikan perkara yang tidak kena itu dengan bijaksana kita kepada saluran berwajib. Kalau tidak maka tidak akan lepaslah kita dari menjadi bersubahat atas perkara yang tidak kena itu. Namun kita ditegah dari bercakap mengenainya diluar dari saluran itu. Takut kelak tidak akan terlepas juga kita dari menanggong dosa mengumpat. Malahan kalau tahu kita itu adalah tidak sampai ketahap boleh disahkan sebagai benar sedangkan kita masih juga berbicara mengenainya; maka tidak akan lepas pula diri kita dari dosa lebih besar; iaitu fitnah.

Semoga catatan ringkas ini dapat menjadi panduan bagi kita semua. Malahan adalah diharapkan  setiap kita dapat menyemak dan memperingatkan hamba juga atas segala kemungkinan kesilapan atau penyampaian yang boleh mengelirukan. Wallahuaalam.

Tiada ulasan: