Jumaat, 12 Oktober 2012

Kaum Rohingnya .... ?


Masaalah kaum Rohingnya hari ini kita ketahui kerana ia sedang berlaku depan mata kita dizaman kita. Namun kita tidak tahu apa akan jadi sudahnya terhadap mereka jika kita tidak ambil tahu. Malahan dalam kita mengambil tahu pun kita tidak pasti apa akan jadi sudahnya. Bezanya cuma sama ada kita sudah melaksanakan tanggong jawab kita secukupnya mengikut kemampuan dan keupayaan kita. Inilah yang nak kena kita jawab besok sebagai penganut ugama yang percayakan adanya hari perhitungan. 

Nyatanya kita hari ini sudah tidak upaya lagi mengorek kembali kesah mengenai kaum Kurdis yang telah sekeras kerasnya enggan menubuhkan negara sendiri serta menentang akalan untuk menubuhkan negara negara terpencil dan tersendiri sebagai pecahan dari kerajaan Othmaniah dahulu. Hasilnya ialah kaum Kurdis seperti yang kita tahu hari ini, kaum Kurdis yang hidup miskin, terpinggir dan menumpang sebagai kaum minoriti yang tidak diperlukan dalam banyak negara, walaupun kita juga tahu bahawa bilangan sebenar mereka adalah agak besar. Kita juga difahamkan bahawa mereka itu kini terpecah dan terpencil pencil dalam berbagai mazhab serta serpihan. Mashaallah.

Hari esok kaum Rohingnya akan bagaimana agaknya ? 

Apakah kita akan lepas dan bersih daripada menjawab persoalan itu dihari perhitongan kelak ??
 .

Selasa, 9 Oktober 2012

TRAJIDI SI AYAM LAGA.


Aduhai nasib siayam laga. Hidupnya terkurung di bawah serkup buluh berjalin silang. Makan minumnya berjaga tiada terkurang. Dimandi, dibasuh, diurut dan dilegakan mengikut tempoh dijadualkan. Selesa hidup dan lumayan segalanya. 

Latihan laga juga ikut dijadualkan. Maka selalulah  dicarikan lawan yang layak mudah ditewaskan. Diacu cuba diadu laga supaya jadi licin lancar gerak silat dan ketangkasan. Bila ada lawan tersohor diwar warkan orang. Akan terjadilah ajak cabar mengundang lawan. 

Hari pertarungan ditetap dijadualkan. Bong gelanggang menjadi tumpuan. Berkerumunlah orang berdatangan. Seluruh desa rioh berpestaan. Wang emas dan perak menjadi pertaruhan. Mencari untung dan keseronokan. 

Siayam laga sudah dimandi, dibasuh dan diurutkan. Teras keluak dan lain lain ramuan diasahkan membasahi seluruh anggota dan badan. Siaplah siayam laga untuk pertarungan menghadapi lawan. Ditaji luka ditikam dalam mrngalir darah tidak tertahan.  Namun sakitnya tidak juga menyedarkan. Kerana mabuk hanyut dikipas alak dipuja sorakkan.

Matilah siayam laga dalam gelanggang. Namun yang untung ialah para juara yang melaburkan wang dalam pertaruhan. 

Maka demikiankah juga kita yang sedang mabuk dalam berebutan ??

Rabu, 3 Oktober 2012

Ikhlas mencari benar.

Rasulullah saw sudah lama meninggalkan kita namun syariaat beliau selain Al Quran masih teguh menjadi panduan hidup kita. Malahannya sebelum wafatnya Rasulullah saw, Allah swt telah memperakui bahawa agama yang diturunkan melalui Nabi Muhammad saw ini sempurnalah sudah. 

 

Kena yakinlah kita bahawa panduan hidup untuk kita ikuti itu adalah sudah sempurna. Maka kalau kita ini ikhlas dengan diri kita dan tidak rela untuk menzalimi diri sendiri kenalah kita pun menapis segala yang kita tahu dalam hidup ini. 
Kalau dalam banyak banyak tahu kita itu ada yang kita yakin sebagai tidak kena dan menyalahi dari segi ajarannya; wajiblah kita kena sampaikan perkara yang tidak kena itu dengan bijaksana kita kepada saluran berwajib. Kalau tidak maka tidak akan lepaslah kita dari menjadi bersubahat atas perkara yang tidak kena itu. Namun kita ditegah dari bercakap mengenainya diluar dari saluran itu. Takut kelak tidak akan terlepas juga kita dari menanggong dosa mengumpat. Malahan kalau tahu kita itu adalah tidak sampai ketahap boleh disahkan sebagai benar sedangkan kita masih juga berbicara mengenainya; maka tidak akan lepas pula diri kita dari dosa lebih besar; iaitu fitnah.

Semoga catatan ringkas ini dapat menjadi panduan bagi kita semua. Malahan adalah diharapkan  setiap kita dapat menyemak dan memperingatkan hamba juga atas segala kemungkinan kesilapan atau penyampaian yang boleh mengelirukan. Wallahuaalam.