Jumaat, 10 Ogos 2012

NASIB SIAYAM LAGA.

Memang demikianlah nasib ayam laga. 
Ia dibelai dibasuh dan dimandikan. 
Makan dan kandang rebannya rapi berjaga. 
Obat dan latihan segala tepat berjadual. 
Kerana sesungguhnya ia adalah harapan untuk dilagakan. 
Kerana sesungguhnya ia adalah diharapkan 
rela mempertaruhkan nyawa dan dirinya 
untuk bermatian berlaga berperang. 
Berpencak digelanggang. 
Dan dihujung ogos kelak 
akan dilagakan di dataran kenangan. 
Akan riohlah kelak orang orang ada kempentingan 
berpekik sorak hangat memberi galakan . 
Ayam laga sendirilah kelak 
akan parah menanggong luka. 
Kalaulah luka itu bersimbah cuka 
ayam lagalah kelak akan perit 
sendiri menanggong pedihnya. 
Sekalung puji sanjungan menjadi igauan. 
Dengan harapan tiadalah 
perlu lagi ia bermogok sastera. 
 Buat menjamin sedikit habuan.

Tiada ulasan: