Jumaat, 27 April 2012

Malangnya nasib orang lama.

Hamba baru hari ini keluar dari rawatan yang agak lama di HKL dan IPR. Ada perkhabaran bahawa Jertih Suk sudah dibuka. Betul ka ? Khabar seterusnya mengatakan peniaga peniaga lama termasuk anak anak saudara hamba sendiri yang dah 2 dan 3 generasi berniaga distesyen bas lama dan berterusan ikut berniaga di stesyen bas sementara telah dinapikan hak mereka untuk mermberi ruang kepada orang orang baru. Betulkah kaedah pembahagian yang begitu ?? 


Memanglah mejoriti dalam PRU 12 dulu adalah cukup baik. Namun wajarkah kita berselesa sehingga mensiasiakan usaha gigih para pemimpin membelai rakyat jelata ?? Kelompok demi kelompok kalau dibiarkan merajuk dan protes lama lama tetap menjadi ramai juga. Malahan mungkin boleh menimbus mejoriti yang besar itu pun. Jangan selesa tersangat amatlaaa .......


Anak anak buah hamba biasanya kalau hamba ikut campur akan akur dan patuh. Tetapi keadaan sekarang hamba sendiri tidak punya keupayaan untuk bergerak. Tidak ada keyakinan untuk pergi jauh dari pakar pakar yang sedang merawat hamba di IPR.  

Atau memang kerana memandangkan hamba ini sudah tidak lagi ada keupayaan untuk bergerak (sudah tua dan tidak berguna lagi) maka hamba pun tidaklah perlu diendah pedulikan lagi. 

Malangnya nasib orang lama yang sudah hilang keupayaan. 

Mashaallah.