Isnin, 24 Mei 2010

GLOBALISASI dengan cita cita tersiratnya yang gagal.....

Baru terjumpa sebuah buku yang terbit 2005 di Britain oleh Atlantic Books yang ditulis oleh John Ralston Saul. Tajuknya "THE COLLAPSE OF GLOBALISM and the Reinvention of the World" cukup menarik kerana setahu hamba ia tidak pernah dibincang di dunia sebelah sini. Meninjau secara rambang kandungannya memang membicarakan kegagalan sesungguhnya teras cita cita gagasan program globalisasi oleh para pemikirnya. 

Walau bagaimana pun yang paling menarik bagi hamba adalah tergambar dalam satu "scaption" pada bahagian kulit belakang buku itu yang seolah olah olah menyerlahkan cita cita sebenar yang tersirat disebalik ungkapan ungkapan yang indah dan menarik mengenainya. Hamba taipkan semula bahagian "scaption" itu untuk tatapan dan kefahaman sendiri sahabat sahabat:

"Globalization, like many great ideologies before it, ia dead. Despite the almost religious certinty with which it was conceived, nation states have not become extinct, politics (and not economics) determin the course of human events, and many dictatorships have not changed into democracies. In this groundbreaking book, the destinguished philosopher John Ralston Saul examines where we go from here. As the hope of global prosperity fades and as the problems of immigration and terrorism cause the world's nations to rethink their relationships, Saul's exhilarating investigation into the collapse of globalism ia essential - and timely"

Ahad, 9 Mei 2010

Membela "HANTU"

Barang siapa ada atau pernah membela "hantu" untuk menggoda, menggigit atau memakan orang lain hendaklah ia menjaga jadual bekalan pulut kuning, ayam panggang dan hidangan mengikut kehendak "hantu"nya pada setiap masa. Kalau tidak tunggulah padahnya kelak dirinya sendiri atau ahli keluarganya pula akan menjadi mangsa "hantu"nya sendiri. 

Hendaklah juga orang yang pandai membela "hantu" itu sedar bahawa selepas ia mati kelak; "hantu" belaannya itu akan menjadi saka yang akan menurut turun kepada anak cucunya pula. Jika mereka kelak tidak tahu menjaganya maka mereka kelak akan dimakan "saka" pula. Maka hendaklah juga orang yang pandai membela "hantu" itu mengajarkan kepandaian membela dan menjaga "hantu" itu kepada anak cucunya. 

Kalaulah perkara itu ada kesan dalam perhitungan di Bank Pusat Almahsyar kelak tidaklah dapat dibayangkan bagaimana percambahan kesuburan akaun itu. 

Mashaallah.